PETALING JAYA – Seorang lelaki didakwa pengemis mengamuk dan mengugut mahu bertindak kasar terhadap orang awam gara-gara tidak dihulurkan wang sedekah. Menerusi video TikTok @Aap Arf kelmarin, dia mendakwa seorang lelaki yang juga pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) datang meminta sedekah dengan alasan mahu membeli beras buat kedua-dua ibu bapanya.
“Ini kali kedua ‘kena’ dengan pengemis yang kononnya pemegang kad OKU. Nak duit beli beras untuk emak ayah. “Tahun lepas di Jalan Tunku Abdul Rahman, dia minta duit kata nak beli makanan. Kalau tak bagi dia akan mengamuk dan maki sampai nak pukul,” kongsinya.
Dalam video sama, dapat dilihat tindakan agresif lelaki terbabit mencampakkan beberapa helai wang kertas setelah permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dilayan. Difahamkan, kejadian itu berlaku di ibu negara. Sementara itu, pemilik akaun terbabit turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati ketika berdepan dengan individu terbabit. “Sesiapa yang jumpa dia, tolong berhati-hati terutamanya perempuan. Aku tak faham dia ni kenapa? Siapa pernah kena dengan dia?,” soalnya. Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna lain berkongsi situasi yang mana mereka pernah bertemu dengan individu terbabit. “Pernah jumpa dia di kawasan KLCC, minta sedekah pun kasar siap hulur tangan dekat-dekat dengan orang ramai,” kongsi Munir. “Samalah pernah kena dekat Shah Alam, minta wang nak beli beras. Kami diam sahaja lepas itu dia maki-maki dan marah. Tengok (keadaan) dia menakutkan,” ujar @BillyMolly&Ecah. “Tangkap, harap pihak berkuasa lebih aktif tahan pengemis macam ini. Lagi satu mana boleh guna kad OKU untuk tujuan meminta sedekah,” tegur Syafix. -CARI Sumber: Kosmo
|
_blackbird replied at 20-10-2023 06:44 PM
Aritu pon aku kena dengan pengemis foreigner. Aku tgh minding my own business pastu dia dtg yada yad ...
sambaldurian replied at 20-10-2023 11:07 PM
Antara sbb aku mls nk mkn kt gerai / restoran / mkn kt luar. Tgh nk mkn ada yg dtg nk mintak sedekah ...
syamzana replied at 21-10-2023 08:08 PM
dekat area kedai makan umah iols pun sama. biasa weols lakibini selalu la breakfast dating lepas a ...
ADVERTISEMENT