Shila Amzah pelik apabila kucing peliharaan keluarga di banglo miliknya semakin bertambah sejak teman wanita adik lelakinya dikenali sebagai Eiza menetap di rumah itu. Dia sendiri terkejut selepas mengetahui haiwan peliharaan itu yang berjumlah 20 ekor pada asalnya sudah bertambah banyak.
"Kalau setakat 20 ekor kucing memang boleh diuruskan tapi tiba-tiba hari itu mereka kata kucing di rumah ada 40, 50 ekor... Mana saya tahu, saya tidak tinggal di situ. "Tapi apa yang saya dengar rupanya dia (Eiza) bawa 10 ekor kucing ke rumah kami, makanya bertambahlah kucing kami... Selagi ada kucing di dunia ini semua dia bawa balik," katanya di Live. Dalam pada itu, Shila berkata, dia berasa tidak selesa apabila kediaman mereka didiami individu luar apatah lagi tanpa ada sebarang ikatan kekeluargaan. "Tak tahu macam mana setiap kali saya datang rumah dia ada. Saya mestilah tidak selesa kita nak buka tudung atau bercerita kalau datang rumah ada orang lain. "Selepas itu kucing bertambah-tambah pula, kali terakhir yang saya tahu kucing ada 20 ekor sahaja. Cuba bayangkan sekarang kucing dah ada berapa banyak?" luahnya. Dia pernah mencadangkan kepada ibunya Fauziah Sarman agar hanya membawa beberapa ekor kucing kesayangannya apabila mereka berpindah ke kediaman baharu kelak. "Saya sudah cakap dengan mak lebih kurang setahun lalu saya nak jual rumah. Mana-mana kucing kesayangan tu bawalah dalam empat ekor, selebihnya beri pada orang lain," katanya.
|
shinyoung replied at 20-10-2023 05:33 PM
Ni bc dek pencinta haiwan, nnt kata kita xde jiwa penyayang, bnci bintang, xde kemanusiaan.. Tp agak ...
shinyoung replied at 20-10-2023 05:33 PM
Ni bc dek pencinta haiwan, nnt kata kita xde jiwa penyayang, bnci bintang, xde kemanusiaan.. Tp agak ...
imransulaiman replied at 20-10-2023 08:01 PM
Kenapa pula tak selesa buka tudung? Kan sesama perempuan...
Tapi dia tumpang tinggal rumah tu, tak ...
ADVERTISEMENT