Liyana Jasmay kecewa dengan netizen yang sering mencari kesalahan dan bertindak menghukum seseorang sesuka hati tanpa mencari tahu kebenarannya dulu. “Saya letak di sini supaya ia boleh menjadi iktibar pada semua. Pertama sekali jangan effort sangat untuk cari salah orang dan beriya-iya untuk kecam orang di ruangan komen dengan penuh rasa bangga dan tiada langsung rasa bersalah.
“Kedua, tolong jangan sebarkan fitnah. Ketiga berhentilah menghukum orang sesuka hati,” tulisnya. Difahamkan, netizen cuba untuk menyerang seorang individu mengenai isu Palestin. Namun, disebabkan wajah seiras, akaun TikTok penyanyi Aku Tak Percaya Cinta ini yang menjadi mangsa.
Selain itu, Liyana sempat mendoakan agar mereka yang meninggalkan komen seperti itu sentiasa dilembutkan hatinya dengan kebaikan. “Saya doakan agar hati anda dilembutkan dengan kebaikan, agar hati korang penuh dengan kasih sayang dan agar hati korang sentiasa bersangka baik,” katanya lagi.-CARI Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT