|
Selebriti Indonesia, Cinta Laura Kiehl mendedahkan dia pernah ditawarkan memegang jawatan sebagai menteri dalam kerajaan Indonesia. Laura, 30, bagaimanapun memaklumkan dia menolak tawaran itu kerana merasakan jawatan itu bercanggah dengan prinsip hidupnya.
"Saya tak mahu ikut pandangan atau nilai orang lain yang ada belakang saya nanti, prinsip saya berbeza" katanya. Wanita berdara berdarah Jerman kacukan Indonesia ini juga tidak mahu berpura-pura jika menerima tawaran berkenaan. "Saya selalu lihat ahli politik pada awalnya selalu berfikiran terbuka, bijak dan ada semangat jati diri muda yang tinggi, tapi setelah sertai politik terus berubah macam seolah-olah jadi patung pula," jelasnya. Dalam pada itu, meskipun menolak tawaran menjadi menteri, Laura mempunyai visi dan misi tersendiri dalam menyuarakan pandangan isu semasa menerusi platform media sosialnya.
“Biarlah saya gunakan platform media sosial bagi menyuarkan isi hati rakyat. “Dengan cara itu saya dapat mencapai misi serta visi saya dengan lebih telus,” katanya. Sumber: mStar |
zuuu replied at 20-10-2023 07:40 PM
Biar betul,nampak lain muka dia,waktu dia berlakon senetron aq dh xingt namanya kat tv2 dulu dia mmg ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:03 AM GMT+8 , Processed in 1.641125 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.