CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anak Paris Hilton Jadi Bahan Umpatan, Disamakan Dengan Watak ‘Stewie Family Guy’

21-10-2023 08:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4132| Komen: 23

Description: Foto perkongsian Paris Hilton bersama anaknya dicemari dengan pelbagai komen kurang baik dalam kalangan pengikutnya di laman sosial.Terdapat segelintir netizen tergamak mempersendakan wajah anak lelak ...
Foto perkongsian Paris Hilton bersama anaknya dicemari dengan pelbagai komen kurang baik dalam kalangan pengikutnya di laman sosial.

Terdapat segelintir netizen tergamak mempersendakan wajah anak lelakinya iaitu Phoenix Barron yang baharu berusia lapan bulan susulan kepalanya yang besar berbanding tubuhnya.


Seakan tidak sensitif terhadap seorang anak kecil, Phoenix juga menjadi bahan ketawa segelintir mereka yang meninggalkan komen.


Malah ada yang menyamakan kepala Phoenix seperti watak Stewie dalam animasi Family Guy yang memiliki sifat fizikal sebegitu.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang menunjukkan rasa prihatin dan menasihati Paris, 42, supaya melakukan pemeriksaan bagi memastikan anaknya dalam keadaan sihat.

"Sila jumpa pakar segera. Saya serius tentang perkara ini. Saya merupakan seorang pengamal perubatan.

"Anak saya juga mempunyai kepala yang besar. Tetapi dia (Phoenix) lagi besar. Saya seorang jururawat.


"Anak awak perlukan rawatan mengeluarkan cecair dalam kepala," komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang menyelar kata-kata negatif netizen terhadap Phoenix dan meminta Paris tidak lagi mendedahkan anaknya itu kepada umum.

Untuk rekod, Paris mendirikan rumah tangga bersama Carter Reum pada 11 November 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat.

Pada Januari lalu, Paris berkongsi khabar berita telah bergelar seorang ibu.

Berita itu bagaimanapun mengejutkan peminat kerana Paris pernah meluahkan hasrat untuk menjalani rawatan pensenyawaan in vitro (IVF) beberapa bulan sebelum itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote norawestallen 21-10-2023 10:12 PM
Jahat betul mengata anak orang
Quote kaedahnya 21-10-2023 11:26 PM
baby kepala besar ni selalunya membesar jadi pandai so betulla kot macam stewie.
Quote borrow 22-10-2023 07:59 AM
Comel , cian kena buli. Tgk pic tu , terlintas juga nmpk besar kepala. Kkdg elok pun tepek sticker @  blur je. Mulut netijen hangsuang.
Quote Minami2013 22-10-2023 08:35 AM
Kadang baby kalau selalu terlentang je baring kepala boleh jadi gitu. Kat kepala belakang tu leper je.

Quote Supersirap 22-10-2023 08:43 AM
Comel je baby tu
Quote mama_cat 22-10-2023 08:44 AM
biasa la tu, budak lagi... ntah ntah si paris ni dia saja troll netizen, diedit gambar anak dia tu,,
Quote orkid_amani 22-10-2023 09:37 AM
Nti dah tumbuh rambut elok laa tu. Tapi kalau ukuran kepala besar mmg kena details ls check up. Tak ingat la pasal penyakit apa ntah kepala besar tu..lebihan air ka apa ntah. Nti baby susah nak jalan sebab unbalanced
Quote TomyamPuteh 22-10-2023 12:28 PM
Ada iras iras Kareena kapoor.
Quote mxngchii 22-10-2023 03:04 PM
Aah kesian kena mengata dengan nurtizen padahal comel je budak nya
Quote _blackbird 22-10-2023 07:49 PM
Aku ada tgk anak dia ni dari posisi lain. Ok je kepala anak dia. Takda la oversize. Ok je dgn saiz badan budak tu
Quote ketambangkang 23-10-2023 08:26 AM
netizen omputih lg kejam dr netizen malaysia
Quote Sazreena 23-10-2023 09:43 AM
Anak dia pelik pun duit dia banyak. Anytime je leh wat treatment.
Quote MadameOnion 23-10-2023 10:51 AM
allololo comelnya
Quote Page88 29-10-2023 02:22 AM
The child's head is seriously abnormal & Paris should consult doctors just to be sure.
Quote any42 29-10-2023 05:38 PM
eiii geramnyaaa comel sgt baby. kaki buli dgn bdk2 pun nk mngata. loser. Pdahal bdk tu hdup pun dlm dulang emas. pembuli kais pagi mkn pagi
Quote A-Are 30-10-2023 07:48 AM
comel je baby ni...nnt da besar sikit okla tu
Quote JahLupa 30-10-2023 11:39 PM
Aku npk paris dulu kat gmbo tu. Makin tua makin lawo eh die ni
Quote mizzmimi 4-11-2023 11:43 AM
Bila masa sheols pregy? Ke surrogate
Quote shernazz 6-11-2023 07:21 AM
Takde la beso.mana
Paeds kalau dah nampak abnormal awal2.dia dah bgtau dah..
Ni elok.je...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.062551 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top