CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Britney Spears Dedah Pernah Gugur Anak Justin Timberlake, Belum Sedia Jadi Bapa

19-10-2023 09:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5538| Komen: 43

Description: Penyanyi Britney Spears mendedahkan dia pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan bersama bekas kekasihnya iaitu Justin Timberlake.Kata Britney, 42, tindakan tersebut dilakukan kerana ketika itu Ju ...
Penyanyi Britney Spears mendedahkan dia pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan bersama bekas kekasihnya iaitu Justin Timberlake.

Kata Britney, 42, tindakan tersebut dilakukan kerana ketika itu Justin belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.


Britney menulis perkara tersebut dalam buku biografi dirinya berjudul The Woman in Me.


Menurutnya lagi, dia berkemungkinan tidak akan melakukan prosedur menggugurkan kandungan itu sekiranya keputusan hanya dibuat oleh dirinya sendiri.

"Justin tidak gembira dengan berita kehamilan saya. Katanya dia tidak bersedia untuk memiliki anak dalam hidup kami kerana terlalu muda.

"Jika saya sendiri, mungkin saya tidak akan melakukannya. Namun Justin tidak yakin dia boleh menjadi seorang bapa," katanya.

Britney sebelum ini pernah bercinta dengan Justin ketika dia berusia 17 tahun dan mereka berpisah pada 2002.


Dalam buku itu juga, penyanyi ini turut memberitahu pengalaman itu adalah antara yang paling menyeksakan hidupnya.


Meskipun dia mencintai Justin, namun keputusan menggugurkan kandungan perlu dilakukan tanpa kerelaan hati sendiri.

"Kehamilan itu satu kejutan namun bukan tragedi buat saya. Saya amat mencintai Justin dan berharap kami akan membina keluarga bersama.

"Sehingga hari ini ia merupakan satu pengalaman yang paling menyeksakan dalam hidup saya," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 19-10-2023 09:45 AM
cantiknya britney masa muda
Quote prince_marhaen 19-10-2023 10:10 AM
meols sampai skrg ada soft spot dekat BS ni.... padahal bukan minat sangat.. tapi hidup sheols tu sampai jadi mental breakdown teruk kena perah habis-habisan dengan bapak & management sendiri daripada kecik. Kena tukar gaya nyanyi sampai suara sheols yang sedap gila tu rosak kena kepit selalu macam sluts sebab tak nak samakan dengan Christina Aguilera... adik beradik lak selalu pressure sheols...bapak mmg macam sial lah... dapat boyfriend pun ingat dapat escape, tapi semua tak guna...yang last ni yang arab tu pun sial gak kontrol sheols macam binatang, nak buat video pun mata sheols takut ye takleh cakap bukan2..
Quote babelina 19-10-2023 10:17 AM
sedihnya dgr kisah nie.. i ols suka sgt BS.. patut la mcm2 blaku.. mcm org giler dia.. agknya meroyan juga.. tp tu la.. masa tu dua2 tgh muda tgh top.. hanya fikir nk popular.. nk berjaya dlm kerjaya.. apa pula kisahnya JT bila kisah nie kuar ye..
Quote manehnya 19-10-2023 10:19 AM
tak sangka dia betul2 relay ngan JT, terok lah JT ni
Quote mama_cat 19-10-2023 01:47 PM
Edited by mama_cat at 19-10-2023 01:49 PM

dulu tgk vids everytime tu tak faham.,.. now faham dah jalan cerita dia.. kesian betul dia ni... semua amek kesempatan. kerja bagai nak rak..
Quote gideoncross 19-10-2023 02:33 PM
mama_cat replied at 19-10-2023 01:47 PM
dulu tgk vids everytime tu tak faham.,.. now faham dah jalan cerita dia.. kesian betul dia ni... sem ...

Bkas laki Sam Asghari tu pun sma, rupa2 nya spy apak BS.
Quote gideoncross 19-10-2023 02:34 PM
manehnya replied at 19-10-2023 10:19 AM
tak sangka dia betul2 relay ngan JT, terok lah JT ni

BS wlaupn time tu msih muda tpi BS dh btul2 ready utk mnjdi sorg ibu, JT je yg x.
Quote gideoncross 19-10-2023 02:40 PM
babelina replied at 19-10-2023 10:17 AM
sedihnya dgr kisah nie.. i ols suka sgt BS.. patut la mcm2 blaku.. mcm org giler dia.. agknya meroya ...

Ada yg komen BS jdi cmni sbb effect dri mnggugurkn kndungan, ksian doe. Aiol bukan big fans of hers tpi lately iol support BS, tiap2 hri dngr lagu dia esp Overprotected & Hold It Against Me.
Quote gideoncross 19-10-2023 02:40 PM
prince_marhaen replied at 19-10-2023 10:10 AM
meols sampai skrg ada soft spot dekat BS ni.... padahal bukan minat sangat.. tapi hidup sheols tu sa ...

Sam Asghari tu spy apak BS.
Quote prince_marhaen 19-10-2023 02:53 PM
gideoncross replied at 19-10-2023 02:40 PM
Sam Asghari tu spy apak BS.

kan..... kantoi akhirnya.. dia control BS mcmana bapak dia control dia..kesian gila. siap ada spekulasi BS dah mati sebab ada satu video live BS macam rakaman lama kan siap lagging lagi video tu.. meols kesian as manusia, dia kena kontrol sampai mental damage macam tu...
sebab tu orang takut benda sama jadi kat Shahila Ammmja..
Quote pwincezboom 19-10-2023 02:53 PM
Dulu minat giler dia ni. Kesian betol hidup dia... Laki dia yg skrang tu pun mcm x memberi apa2 effect dlm hidup dia. Dulu lagu everytime tu fikir berkenaan kisah cinta rupa2 utk anak dia yg dia gugurkan. Sedih pulak bila dgr lagu tu balik...
Quote buapakperut 19-10-2023 03:00 PM
Faham sheol muda lagi time tu, mostly bila ada kekasih memang brharap dapat bina keluarga bersma. Dia takda support system
Quote manehnya 19-10-2023 03:10 PM
gideoncross replied at 19-10-2023 02:34 PM
BS wlaupn time tu msih muda tpi BS dh btul2 ready utk mnjdi sorg ibu, JT je yg x.

Hati dia baik n lembut... Kalau x msti kiut giker anak nye kan, tp kalau jt nak lun, bapak bs msti x bg nye
Quote mizruncing 19-10-2023 04:37 PM
dulu zaman sklh aku mmg minat giler ngan BS. tak sangka disebaliknyaa life dia mcm ni
Quote virgocircus 19-10-2023 04:41 PM
Owh patut lah depa kata lagu Everytime and mv dia pasal anak yg dia abort tu.. bila tgk balik mv tu mmg make sense la storyline dia.
Quote alesandra 19-10-2023 06:25 PM
gideoncross replied at 19-10-2023 02:34 PM
BS wlaupn time tu msih muda tpi BS dh btul2 ready utk mnjdi sorg ibu, JT je yg x.

Aku being realistic je ni...walau JT nak  anak tu sekalipun aku yakin je org keliling mcm management ke,syarikat rakaman suruh gugurkan baby tu.selain  faktor muda deyols masa tu tgh popular.anak tu akn menyebabkan popularity merundum.jadi nak salahkan JT pun xleh jugak.
Quote weezerfan 19-10-2023 09:38 PM
Kesian sgt dia sampai jd mereng keje nak berbogel je dlm ig.anak2 dia ngan kevin tu pun benci kat dia hasil brainwash ex lagi dancer mata duitan.sedih betul..kalau x sure dia masih mendunia
Quote owlowl22 19-10-2023 10:33 PM
dulu masa sekolah iols crush betul kat dia ni…cantikk je…semoga dia jumpa ketenangan yg dicari
Quote I.K.A888990 20-10-2023 12:30 AM
plg byk lagu2 retis hollywood dia ni la yga ku suka duk ulang2 dgr...kesian betul hidup dia ingat yg arab tu mmg betul la cinta habis jaga dia...
JT tu mmg tak kenan betul dgn dia

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.251034 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top