CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Song Joong Ki Tak Putus Asa Cipta Nama Di Hollywood Walaupun Banyak Kali Gagal Uji Bakat

18-10-2023 05:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6236| Komen: 44

Description: Percubaan pelakon Song Joong Ki melebarkan sayap di Hollywood beberapa kali menemui kegagalan apabila sering ditolak ketika menghadiri uji bakat.Joong Ki bagaimanapun memberitahu perkara itu tidak per ...
Percubaan pelakon Song Joong Ki melebarkan sayap di Hollywood beberapa kali menemui kegagalan apabila sering ditolak ketika menghadiri uji bakat.

Joong Ki bagaimanapun memberitahu perkara itu tidak pernah membuatkan dia berputus asa sebaliknya akan kembali mencuba nasib selepas selesai menjalani penggambaran filem Hopeless.


Kata Joong Ki, dia yakin mempunyai keistimewaan tersendiri dan mahu meneroka budaya berbeza bagi mengelakkan dia sering menerima tawaran sama di Korea Selatan.


"Secara peribadi saya cuba untuk tidak berlakon watak yang pernah dilakonkan sebelum ini.

"Selepas selesai menjalani penggambaran filem Hopeless, saya merancang untuk ke luar negara bagi menyertai beberapa sesi uji bakat.

"Saya sering ditolak sebelum ini... jadi saya harap akan berjaya kali ini kerana saya mahu berlakon dalam konteks budaya yang berbeza," katanya.


Apabila ditanya tentang matlamatnya sebagai pelakon, aktor berkenaan memberitahu dia mahu mengembangkan lagi bakat lakonannya dengan melakonkan watak lebih mencabar.

"Saya mahu meluaskan lagi kerjaya saya... itu sebab saya mengambil pelbagai cabaran dalam lakonan.

"Saya mahu menjadi pelakon yang membuatkan peminat tertunggu-tunggu untuk menantikan karya saya," ujarnya.

Sebelum ini, Joong Ki pernah membintangi beberapa siri drama popular termasuk Arthdal Chronicles, Descendants of the Sun, Vicenzo, Reborn Rich dan banyak lagi.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 19-10-2023 02:19 PM
Comey benor dia ni..tu payah masuk hollywood kot
Quote kurga 19-10-2023 02:48 PM
tengok sekali imbas tadi ingat tom cruise.. da masuk tengok pelakon korea rupanya
Quote weezerfan 19-10-2023 10:03 PM
Padan muka
Quote owlowl22 19-10-2023 10:32 PM
semenjak dia buat song hye kyo mcmtu, iols mmg tak minat langsung kat dia ni…walaupun iols bukan peminat shk…rasain lho
Quote I.K.A888990 20-10-2023 12:34 AM
tak minat dia...tapi ada drama movie dia yg aku suka tgk
berbakat dia ni mungkin tak de rezeki lagi ke hollywood...
Quote tahanie 20-10-2023 06:27 AM
Kau tak best pun
Quote sayurmayur88 20-10-2023 07:32 AM
sejak dia cerai ngan pelakon autumn in my heart tu, iolls x minat dh dia ni
Quote BoongaKertas 20-10-2023 10:00 AM
mmg patut kena kensel heols ni di korea
Quote anony-mous 20-10-2023 01:24 PM
owlowl22 replied at 19-10-2023 10:32 PM
semenjak dia buat song hye kyo mcmtu, iols mmg tak minat langsung kat dia ni…walaupun iols bukan pe ...

Sama la tgk muka dia rasa benci. I minat heols dlm RM dlu comel sgt. Lps dia xde, jarang tgk RM da. Xsangka perangai jahat buat SHK mcm tu. dia sedar x ex dia the F SHK??
Quote nadie90 20-10-2023 03:16 PM
Edited by nadie90 at 22-10-2023 09:34 AM

Ya la.....wife org British....mesti nak cuba masuk Hollywood tapi mungkin English belum tahap fasih lagi/muka terlampau 'comel' utk masuk pasaran Hollywood #sajamemandai

Cuba lagi ya

p/s: dia bagitau kata dia tolak bbrp tawaran kat Korea sbb nak cuba nasib kat pasaran lain....ka sbnrnya xdak twrn sbb sendiri keluar kenyataan psl bila dah kahwin susah nak dapat job....viral jugak kenyataan tu sbb hang tu lelaki kot, bukan pelakon wanita yg sah2 lagi susah nak secure job sebab beranak bagai (based on comments at media sosial)...acah mcm susah tapi boleh ja beli rumah harga berjuta2 kat luar negara

Dan lagi 1.....diawal kemunculan, dia ni punya populariti dulu x mcm slps drama DOTS meletop...bila berlakon dgn SHK aka bekas bini tu yg mencanak naik popularity....dapat offer CF berjuta2, kahwin dengan SHK...bila bercerai byk media side dia ni dan salahkan SHK sdgkan SHK tutup, zip mulut habis lepas dah bercerai....aman2 ja teruskan hidup dan masih maintain popular wlpun kena kecam nampak tua dll.....yg ni makin terserlah sifat insecure tu....bru nampak yg dia ni sebenarnya opportunist
Quote cloud_jade 20-10-2023 08:42 PM
Ai nak menyokong segala komen2 di atas. Harap tak berjaya sampai bila2..booo..
Quote monsterwife 21-10-2023 10:01 PM
Padan muka buat ex wife mcm tu. tak bncg apa2 terus cerai. Ada baca kat mn ntah sebab ex wife tak brp nak join family dia sdgkan ex wife pun berkerjaya. So kwin dgn bini baru, westener plk tu ingat suka ke join family gathering?
Quote mxngchii 22-10-2023 03:25 PM
nadie90 replied at 20-10-2023 03:16 PM
Ya la.....wife org British....mesti nak cuba masuk Hollywood tapi mungkin English belum tahap fasih  ...

Kannnn i ingatkan i lah yang hati hitam sangat kata dia ni opportunist sebb mostly jumpa org puji dia ni kemain babyface kiut-kiut budak baik, fans je lelebih tak move on diorg serai yaada- yaada

Perasan since runningman, gary kena gosip dgn jihyo tu dia sebok jugak nak selit-selitkan diri. Tapi still bersangka baik la ingatkan dia jenis kitonyo manjo ngupenye jenis tumpang sekaki, habis madu sepah dibuang

Harap-harap relay dia yg skrg ni bertahan.. i teringin nak tgok kdrama dia banyak review kata best tapi sebab hero dia song joong ki, i cam hmm....
Quote kisahkeaku 23-10-2023 10:47 AM
dlm vicenzo,i suka cite tu tp muka ida babyface x sesuai jd gangster sebenarnya tp sbb cite tu klakar ok jelah.kalau gangster mcm worst of evil tu wi haa joon pun x berapa sesuai tp sbb karakter dia gangster yg baik ati yg syg dgn 1st love dia so i maafkan.
sori jongki muka ko tu x sesuai kat holiwood.maybe blh try UK jd pelakon tambahan.bini ko kan ex pelakon kat sana.
Quote iniaroonz 23-10-2023 10:57 AM
pun tak minat dia lepas cerai dgn SHK....
Quote mizruncing 23-10-2023 11:20 AM
ingat senang nak lepas. kt korea boleh laa. kt hollywood tu good luck jelahh even kau dah pasang cable kawen ngan org sane
Quote gideoncross 25-10-2023 12:38 PM
Ramai gak haters Song Joong Ki kat sini lol
Quote JahLupa 26-10-2023 06:40 PM
Red flag. Dia da kena kensel kan kat bumi kimchi
Quote sue_liah 3-11-2023 12:31 PM
muka comel pun kena kansel ek hahaha

bagusla shk mendonia lepas bercerai

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.059319 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top