CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Kolej Maut Ketika Lumba Haram

19-10-2023 11:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1115| Komen: 6

Kluang: Seorang pelajar sebuah kolej vokasional maut manakala rakannya parah selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai ketika berlumba haram di Kilometer 59, Jalan Kota Tinggi – Kluang malam semalam.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 malam tadi itu melibatkan dua buah motosikal Yamaha LC ditunggang remaja 16 dan 18 tahun dengan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun.

KEADAAN motosikal Yamaha LC yang ditunggang Mohamad Haikal Hakimi selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Kota Tinggi - Kluang malam semalam.

Katanya, siasatan awal kedua-dua penunggang motosikal itu dipercayai sedang berlumba dari arah Kluang ke Kota Tinggi manakala kereta Perodua Myvi yang berada di hadapan turut dalam arah perjalanan sama.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kedua-dua penunggang motosikal secara tiba-tiba hilang kawalan sehingga menyebabkan mereka melanggar belakang kereta yang bergerak perlahan kerana mahu memasuki simpang ke Felda Ulu Penggeli.


“Akibat perlanggaran itu, mangsa berusia 16 tahun yang juga pelajar sebuah kolej vokasional mengalami kecederaan dalaman badan serta kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang patah tangan kanan selain cedera di beberapa bahagian badan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Bahrin lagi, kedua-dua mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah siasat dan rawatan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 19-10-2023 11:10 AM
Masih ada lg lumba haram ni rupanya
Quote Kentot_Wangi 19-10-2023 12:24 PM
Nak buat mcm mne dik. Penyakit cari sendiri.
Quote tripleid 19-10-2023 12:28 PM
sia2 mak ayah melahir dan 18tahun habiskan duit utk besarkan ko..ujung2 kiok sbb merempit
Quote shernazz 19-10-2023 12:29 PM
Adoi..nyusahkan orang la nak gi buat report n claim insurance bagai
Quote dani-rox 19-10-2023 10:22 PM
Ngko yg mampos takpe, jgn melibatkan org lain. Good riddance.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.428298 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top