CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bengang Anak Patah Tulang Belakang! Kawan Gurau Kasar Tarik Kerusi Masa Nak Duduk

19-10-2023 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4382| Komen: 54

Seorang ibu bengang anaknya mengalami komplikasi kecederaan tulang belakang akibat jatuh di sekolah selepas rakannya menarik kerusi ketika dia mahu duduk.

Azera Yazid, 35, berkata, kejadian yang menimpa anaknya Puteri Nur Atiqah, 11, cukup mengecewakan lebih-lebih lagi kanak-kanak berkenaan mengidap penyakit saraf cerebral palsy.


Foto: mStar

"Iqa (Atiqah) ni seorang anak istimewa yang duduk di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Masa dia nak duduk tu ada kawan tarik kerusi sebagai gurauan.

"Anak saya jatuh terduduk. Iqa menangis sebab mungkin tulangnya terhentak. Cikgu kelas pun terus maklumkan pada saya, minta datang segera untuk ambil dia di sekolah.

"Saya bawa Iqa pergi Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak dekat Shah Alam, Selangor. Doktor beritahu memang ada kesan tak baik dekat bahagian tulang dia," katanya kepada mStar.

Tambah Azera, doktor memberitahu Iqa mengalami komplikasi patah tulang coccygeal yang minimum, lebam pada tulang (bone bruise), dan bonjolan cakera (disc bulge).



Foto: mStar

Bercerita lanjut, ibu kepada empat cahaya mata ini memberitahu kesan akibat kecederaan itu ialah anaknya kini sukar untuk berjalan dan duduk seperti sebelumnya.

"Selama ni saya struggle nak besarkan Iqa yang ada ada cerebral palsy. Saya ajar dia berdikari macam anak-anak yang lain tapi kali ini saya yang terduduk dan kecewa.

"Ini adalah antara perkara yang saya takut tapi sudah terjadi. Sampai sekarang Iqa masih menangis sebab sakit kalau banyak bergerak.

"Nak duduk dan berdiri lama pun tak boleh. Dia cuma okey lepas makan ubat tahan sakit je," katanya sambil memaklumkan keluarga si pelaku hanya datang menemui mereka selepas enam hari kejadian.

Menurut Azera yang bekerja sendiri, anaknya diberi cuti sakit selama dua minggu bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Terdahulu Azera berkongsi tentang kecederaan yang dialami anaknya di TikTok sebagai peringatan tentang bahaya bergurau dengan menarik kerusi rakan-rakan di kelas.

"Anak saya mewakili sekolah untuk pertandingan nasyid solo. Dia sangat teruja sebab dapat masuk peringkat daerah tapi sekarang terpaksalah berehat sekejap sampai sembuh.

"Apa-apa pun nasihat saya adalah semoga guru-guru juga ibu bapa dekat luar sana lebih berwaspada. Selalu ingat mengingati yang gurauan macam ni adalah satu kesalahan berat.

"Benda-benda macam ni sangat tak elok sebab boleh membawa padah yang amat buruk kepada mangsa terutama sekali kalau ada sakit macam anak saya," ujar si ibu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 19-10-2023 10:40 AM
gurau bodoh..i pernah kena masa sekolah rendah..tp i xjth teruk..just terduduk atas lantai
Quote A-Are 19-10-2023 10:44 AM
kesiannya...dahlah istimewa..tp tula takut kwn2 pon jenis istimewa...cikgu pon, monitor la jugak
Quote auntieagony 19-10-2023 10:45 AM
Innalillahi wainna ilaihi raajiun

Kesiannya kat Iqa, dah lah menghidap penyakit saraf celebral palsy, sekarang berhadapan dgn masalah sakit tulang belakang pulak. Kasar betul gurauan cara ni.

Mungkin pelakunya pun belajar dlm kelas khas yg sama jugak yg mempunyai masalah pembelajaran atau pun ADHD. Wallahuaklam

Semoga dipermudahkan segala urusan utk Iqa sekeluarga. Insya Allah. Aamiin
Quote cap_ayam 19-10-2023 10:51 AM
Semoga anak ni cepat sembuh ..
Quote pengecatbintang 19-10-2023 10:53 AM
lapor polis lah...

crime..
Quote Mamason 19-10-2023 10:54 AM
Semoga diberikan syifa dan kesembuhan oleh Allah buat mu anak.  Mmg melampau laa budak2 main gurau gini.  Hr tu kat sek anak... mata budak tu hampir buta kawan baling kayu masa projek seni.  Hr ni ke esok xingat la .. masuk OT nak kena bedah mata sbb kena urat ape dlm tu mama pun xtau.. kesian betul. Xtaulah ape tindakan cikgu and mak pak budak yg buat kat adik tu.. mmg bahaya laa main gurau benda xpatut ni.
Quote tripleid 19-10-2023 10:56 AM
tipikal org kita,redho je lah kann..kalo kat negara maju dah lama makpak budak tu terduduk kena saman
Quote Suchi 19-10-2023 11:03 AM
Edited by Suchi at 19-10-2023 11:04 AM

Ya Allah sedih rasa
Terutama part mak dia ckp selama ni dia dh cukup struggle uruskan anak dia tup2 jatuh plak lagi laa teruk keadaan adik ni nnt.

Ni la antara hal yg paling menakutkan buat parents, harap cikgu sekolah ingatkan selalu murid2 jgn tarik kerusi bila kawan nk duduk.
Budak normal pun leh jd oku tau dak!
Korang yg ada anak tu tolongla pesan sokmo kat anak tu jgn gurau kasar gini jgn la sibuk wat content tiktok je sampai tak masa nak ajar anak.
Quote cikatilia 19-10-2023 11:15 AM
saman aje.. hanat betol sampai cedera parah wei44
Quote hudalarva 19-10-2023 12:05 PM
gurau2 mcm ni kan mmg sangat biasa dari dulu sampai skrg... nak monitor pun mcm mesti akan ada chances utk terjadi juga... cuma yg mampu weols buat ialah berdoa dan sentiasa mengingatkan anak2 untuk berhati2... trust in the power of doa so that bukan anak kita yg dipilih utk diuji mcm tu
Quote midori888 19-10-2023 12:09 PM
cikatilia replied at 19-10-2023 11:15 AM
saman aje.. hanat betol sampai cedera parah wei44

agreed...saman jer...biar jadi pengajaran to others as well...
Quote venom1 19-10-2023 12:16 PM
kesiannya...ada tak rawatan khas untuk adik Iqa ni..kalau ada mesti kos ratus ribu
Quote bakingsoda 19-10-2023 12:19 PM
saman je anak setan yg buat tu
Quote elzy 19-10-2023 12:22 PM
Kalau kena anak aku memang aku saman.. Elok kita jaga dari lahir, org lain buat onar..
Quote Kentot_Wangi 19-10-2023 12:31 PM
Report polis n saman je.. Si bodoh2 yg nyusahkan org. Gurau x bertempat. Ak ni pernah sakit tulang belakang akibat jatuh. Hampir 11 thn masih rasa kesakitan tu smpai skrg
Quote cikatilia 19-10-2023 12:31 PM
venom1 replied at 19-10-2023 12:16 PM
kesiannya...ada tak rawatan khas untuk adik Iqa ni..kalau ada mesti kos ratus ribu

suruh yg buat tu tanggung..
lantak la ko loan ke hapa..
Quote syamzana 19-10-2023 12:32 PM
bdk2 suka gurau bewok laguni skrg, tak kira bdk2 tipikal atau oku. kdg2 geram jugak kita pun.

kat ppki ni ada je bdk yg mmg lebih pada nakal (kalau kata jahat kan mcm keji plak). nmpk bdk elok je maybe slow learner je kot tp tang lain kan main hazabedah.
Quote Sazreena 19-10-2023 12:41 PM
Nijam semua sekolah tak kira sekolah khas ke, kena letak poster jangan gurau tarik kerusi and explain bahaya gurauan ni everyday sebelum start kelas. Kalau tak masuk otak lagi tak tau la aku.
Quote testly 19-10-2023 12:52 PM
Sila claim insurance sekolah. N buat report polis utk budak yg tarik kerusi tu, biar msk bapak budak tu menggelupur.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.114699 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top