CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafidz Roshdi Culas Bayar Nafkah Dua Anak, Hanya Beri RM100 Setiap Seorang

19-10-2023 10:29 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 22302| Komen: 502|Original author: Saiful

Shuhada Mat Sukri mendedahkan Hafidz Roshdi culas membayar nafkah buat dua anak mereka.

Katanya Hafidz hanya memberi wang nafkah sebanyak RM100 untuk setiap seorang anak mereka.

Foto: IG

Malah ibu bapanya turut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya membeli keperluan anak-anaknya.

"Dia hanya beri saya sebulan RM100 sahaja untuk setiap anak. Jadi hanya RM200 setiap bulan. Dia culas bayar nafkah anak-anak.



"Jadi, saya yang sara anak. Saya sangat struggle mencari rezeki untuk anak-anak saya seorang diri.

"Ibu dan ayah pun ada bersama saya bantu untuk menyediakan keperluan anak-anak. Mereka pun ada keluarkan duit mereka," katanya kepada mStar.

Jelasnya, nafkah yang diberikan Hafidz itu tidak mencukupi memandangkan kos persekolahan anak pertamanya, Humairah, 6, mencecah sehingga RM1,000.



"Ini tidak termasuk makan dan minum. Belum lagi keperluan adiknya, Umar yang sekarang umur tiga tahun.

"Sekurang-kurangnya kalau dia bagi RM800 hingga RM1,000 itu saya boleh lagi. Saya boleh tambah-tambah mana yang perlu," ujarnya.

Shuhada juga terkilan apabila Hafidz hanya mengeluarkan kenyataan memintanya memadam hantaran yang dilakukan bagi tujuan kerja sebelum ini.



"Saya tidak lihat pun gambar yang disediakan itu. Yang saya tahu adalah cari duit untuk anak-anak.

“Niat saya bagi untuk besarkan anak-anak tapi dia yang marah lebih-lebih," ujarnya.


Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas mahkamah menetapkan lafaz yang dibuat oleh aktor berkenaan pada 22 Februari adalah mengikut hukum syarak.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 19-10-2023 10:32 AM
memang hari2 ek kena ada benang sheol ni?

Quote lasagna 19-10-2023 10:32 AM
** sori double post
Quote miss_strangers 19-10-2023 10:33 AM
Apa kata abam akberdin?
Quote umbut 19-10-2023 10:36 AM
Dah ko yg tutup periuk nasi ex laki ko, hari2 cari point ajak netz kutuk.. baru buat comeback ko dah start sindir macam2. Camner???
Quote NazRysha 19-10-2023 10:40 AM
betina ni ms cerai tak buat tuntutan nafkah anak ke?
dah tahu miskin hantar je la anak tadika kemas dekat arau tu
Quote umbut 19-10-2023 10:41 AM
Edited by umbut at 19-10-2023 10:45 AM

Terpaling derita struggle lah ko.. tapi travel, besday manjang. Cubalah move on tak yah buruk burukkan ex laki.. camner laki ko nak kerja.
Sister yuran tadika 1k++ sebulan katanya, kemain selera ko.. baju zara, beg riban2..
Cakap je dah xda jodoh bukan sindir x habis2. Pasal hr soh turun kan gambar pun ko siap buat surat terbuka ajak netz mengata.. phuiiii..
Quote A-Are 19-10-2023 10:42 AM
rengsa betul tgk org post kaki ke depan ni..
Quote dewi_rina 19-10-2023 10:43 AM
Patut lah shungai sampai nak masak katering sambal sotong

Masalahnya sedap ke
Quote ira_sindarella 19-10-2023 10:44 AM
Fuyyyooo. Mentang laki dia mula bersuara.
Dia terus bagi serangan yaaaa...

Apaknya takde job. Tak mampu. Dah mak dia hiduo bergaya pakai kain baju zara, berhighheels.. tiap bulan 3 4 kali kena datang KL. Siap dengan setiap bulan kena bercuti naik kapal terbang dgn anak anak.

Ingatkan selama ni syuhada pun berkemampuan. Tak sangka plak mak bapak dia kena support jugak.

Moga si shuhada stop jadi bingai. Bercuti tu boleh pause dulu. Simpan buat nafkah bayar tadika anak anak.
Quote Glass_shoes 19-10-2023 10:46 AM
bukan nak g nuyok lps ni sambung study
Quote Buritan 19-10-2023 10:46 AM
lasagna replied at 19-10-2023 10:32 AM
memang hari2 ek kena ada benang sheol ni?

Ye betul.. jika tidakk .. harga minyak akan naik.. selagi ade bemang dia srlagi itu mentari akan bersinar...
Quote boojaat 19-10-2023 10:47 AM
Dh ko sekat rezeki dia. Mcm mana nak ada duit byr nafkah!!!
Quote Buritan 19-10-2023 10:48 AM
NazRysha replied at 19-10-2023 10:40 AM
betina ni ms cerai tak buat tuntutan nafkah anak ke?
dah tahu miskin hantar je la anak tadika kemas  ...

Ade ke patut tadika kemas ko suruh.. hahahaha.. koman koman mintessori..
Quote Glass_shoes 19-10-2023 10:49 AM
btw gambar kat ats dgn hafidz tu time shu ada 6 pax ke?
Quote matjerk 19-10-2023 10:50 AM
Jenggggg jengggggggg...

Drama season nafkah pulak....

Season "watch me happy" x berapa menjadi..

So, HR.. sila jawab
Quote Glass_shoes 19-10-2023 10:51 AM
matjerk replied at 19-10-2023 10:50 AM
Jenggggg jengggggggg...

Drama season nafkah pulak....

Dah lama warga forum speku dia akan menceceh psl nafkah lps ni..ternyata benerr
Quote hanihan16 19-10-2023 10:51 AM
kalau struggle cari duit utk makan minum sara anak mcm mana boleh tergamak beli baju & handbags branded, travel back to back, cinema hopping? dpt payment mesti put aside anak2 punya keperluan dulu kan sebelum terfikir nak indulge in luxuries.

maka terkantoilah barang2 tersebut fufu/pinjam?
Quote MsArmy 19-10-2023 11:00 AM
Dah tau HR pun terkontang kanting nak cari job sebab mulut puaka ko shuringai oi, pastu ko lak kemahen demand hantar sekolah mahal2 dah kenapa. Harap sangat2 ko kalah saman sebab perangai ko ni meminta sangat ye. Bak kata anak buah iols, dah misekin tu sedar diri la, ni nak juga membongak bagai.
Quote miss_strangers 19-10-2023 11:02 AM
Hantar jela sister pra sekolah...free...Cikgu pra pon Cikgu ijazah Kanak 2 bukan cikai2...nanti sister masuk skola gov juga kan..ke nak ikut style acik ritrud...masukkan anak2 sekola yinternational??

Lihat semua komen(502)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.237908 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top