Penyanyi, Datuk M Nasir menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah mengenai lirik lagu ciptaannya ‘Nur Nilam Sari’ diubah pihak lain hingga tular di platform TikTok. Katanya, dia tidak mampu menghalang dendangan yang diciptakan khusus untuk anaknya kerana ia sudah menjadi hak milik awam. "Pada saya TikTok merupakan platfotm paling efektif dan menjadi budaya pada era ini. Tak tahu bila akan basi .Tidak ada negatif atau positif kerana ia tengah popular. Bergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya. Itu hak awam, saya tak ada benda nak cakap. "Sebenarnya saya tak mahu komen. Benda dah tular pun. Terpulang katanya yang enggan mengulas mengenai lagu ‘Nur Nilam Sari’ yang ditukar kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’," katanya. Mengulas lanjut mengenai platform TikTok yang menjadi sensasi masa kini katanya, itu adalah budaya abad ini yang menjadi perhatian seluruh dunia. "TikTok merupakan medium paling berkuasa sekarang tetapi kita sendiri tidak tahu sampai bila ia akan basi.
"Memang aplikasi ini ada positif dan negatifnya. Tapi kena pandai-pandailah buat pertimbangan," katanya lagi. Sumber: Oh Bulan |
lasagna: btul, benda dah viral. besar d ...
ADVERTISEMENT