CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hael Husaini Digelar Hero Lembut, Sanggup Makan Sayur Macam Kambing Untuk Diet

18-10-2023 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2971| Komen: 8

Hael Husaini, 36, digelar 'hero lembut' oleh segelintir penonton.

"Mengenai perkara itu (hero lembut), ia pendapat masing-masing. Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya dalam lakonan. Itu saja.


Foto: IG

"Kita tak boleh nak kawal orang untuk cakap dan komen apa. Tapi, kita ambilnya (komen) untuk jadikan pengajaran,' katanya kepada Harian Metro.

Pelakon baru sepertinya memang kena bersiap sedia menerima apa saja komen sama ada berbaur negatif dan positif.


"Lagipun, apa saja komen positif atau negatif itu bukanlah perkara baru pada saya. Sebelum berlakon pun, saya dah aktif dalam karier nyanyian dan bermacam-macam komen diterima, yang mana ada orang suka dan sebaliknya," katanya.

Mengulas wataknya sebagai Haque Zuhal itu, Hael berkata, dia terpaksa menurunkan berat badan daripada 57 kilogram kepada 50 kilogram sekarang untuk mendapatkan bentuk tubuh kurus kering.



"Saya lakukan inisiatif amalkan diet berterusan untuk dapatkan berat badan dikehendaki dan kelihatan kurus kering untuk watak Haque Zuhal ini. Setiap hari makan sayur-sayuran saja.

"Pengurus pun cakap saya dah macam kambing, hari-hari makan makanan sama iaitu sayur. Tapi, saya memang dapat turunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram dengan cepat," katanya.



Drama My Famous Ex-Boyfriend yang diadaptasi dari novel itu diarahkan Hadith Omar. Selain Hael, turut berlakon ialah Qasrina Karim, Nadhir Nasar dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 18-10-2023 04:46 PM
Hael, kau jgn bongak hael. Iols tao ape yg uols buat utk kurus gini.  [em:4:] jgn lah kamu bagi harapan palesu pada acik2 yg nk diet kononnya mkn sayur mcm kambing bole kurus dhn cepat [em:3:]
Quote imransulaiman 18-10-2023 05:54 PM
amyfaha: Hael, kau jgn bongak hael. Iol ...

Dia buat apa kurus melidi tu?
Quote nebbit 18-10-2023 05:58 PM
Knapaa ktee makan sayurr x kurus pon.
Quote Perawankota 18-10-2023 09:02 PM
Aku selalu makan sayur, salad pon tak kurus drastik
Quote slyfynx 18-10-2023 09:20 PM
Haque Zuhal.
Nama cam BBNU teringin nama antarabangsa.
Quote kakikuDibibirmu 18-10-2023 09:39 PM
Dah start cekung dah pipi
Quote lovelytouch 19-10-2023 07:58 AM
slyfynx replied at 18-10-2023 09:20 PM
Haque Zuhal.
Nama cam BBNU teringin nama antarabangsa.

Ramai penulis perempuan berangan chuolsss...nama aneh2 menyampah akaq baca novel yg perempuan tulis geli geleman yacchh nama masing2
Quote wirazam 19-10-2023 09:15 AM
amyfaha replied at 18-10-2023 04:46 PM
Hael, kau jgn bongak hael. Iols tao ape yg uols buat utk kurus gini.  [em:4:] jgn lah kamu bagi hara ...

Tumpahkan teh sis..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.105024 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top