Tular video seorang lelaki ditangkap orang awam kerana didakwa meragut. Apa yang menjadi perhatian, walaupun tangan dan kepalanya telah dipegang erat oleh beberapa lelaki, dia cuba merentap kembali rantai leher ketika mangsa ragut ingin memgambil gambar.
Menerusi perkongsian pelayar X, Abudi Alsagoff, kejadian tersebut berlaku di Kota Tinggi Johor. “Peragut berjaya ditangkap di Kota Tinggi. Mangsa akak baju biru tu. “Mat dah tau ‘hobi kami mahal’ pergi kerja la, kau pergi meragut buat apa?? “Lagi respect aku kat brother yang kejar 100 trip tu!”ciapnya. Berdasarkan video berdurasi 53 saat itu, mangsa seorang wanita turut dilihat melepaskan marah dengan menampar serta menendang peragut berkenaan. Orang awam yang memegangnya turut mengeluarkan beberapa utas rantai leher dari dalam baju lelaki terbabit. Bahkan terdapat seutas rantai yang dipakainya dipercayai milik wanita terbabit kerana masih mempunyai tag putih yang memaparkan berat emas. Seakan tidak serik, dia juga cuba melarikan diri daripada cengkaman orang awam. Di ruangan komen, beberapa warga maya mempersoalkan gaya lelaki berkenaan yang kelihatan seperti seorang berkemampuan. Tambahan pula dia masih muda serta sihat tubuh badan. “Pakai kasut ala-ala berduit... rupa tak ada la okay dengan rambut ‘karat’ tapi tubuh badan sihat. "Patut hantar Tel Aviv orang macam ni. “Meragut bukan kerja! Sebelum buat, fikirlah dulu akibatnya. “Rompak kedai emas ke tu? Seluar, kasut macam nak pergi kerja pejabat,” ujar beberapa warga maya. Melihat kekerasan dilakukan terhadap lelaki terbabit, segelintir netizen meminta supaya dia terus diserahkan kepada pihak polis bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. “Tangkapan awam tak semestinya kena pukul. Apa yang dia buat tu salah tapi memukul orang yang tangan dipegang juga satu kesalahan. “Pukul penjenayah boleh didakwa. “Pukul sikit-sikit dah la, biar pihak berkuasa yang ambil tindakan,” ujar segelintir netizen lagi. -CARI Sumber: mStar
|
Decaffeinated replied at 18-10-2023 09:06 AM
Hantar Tel Aviv?
mojarean_X replied at 18-10-2023 10:50 AM
Tel aviv bkn mewah ke? Senanglah sikit dia nk meragut kt sana
babynina30 replied at 18-10-2023 09:47 AM
Sebaik tak kiok dicepokk orang awam
I pon tgk kasot dia . Mcm Tods ?
tripleid replied at 18-10-2023 11:59 AM
ni lah kerja part time bani melayu diwaktu lapang..
ainonymous replied at 18-10-2023 11:41 AM
kasut heols beli shopee sis. invest sikit je nak meragut.
ADVERTISEMENT