CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3432|Reply: 31

Tangan Kena 'Lock', Rambut Ditarik Pun Tetap Nak Ragut Rantai Emas Lagi! "Patut Hantar Tel Aviv Orang Macam Ni"

[Copy link]
Post time 18-10-2023 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Tular video seorang lelaki ditangkap orang awam kerana didakwa meragut.


Apa yang menjadi perhatian, walaupun tangan dan kepalanya telah dipegang erat oleh beberapa lelaki, dia cuba merentap kembali rantai leher ketika mangsa ragut ingin memgambil gambar.








Menerusi perkongsian pelayar X, Abudi Alsagoff, kejadian tersebut berlaku di Kota Tinggi Johor.


“Peragut berjaya ditangkap di Kota Tinggi. Mangsa akak baju biru tu.


“Mat dah tau ‘hobi kami mahal’ pergi kerja la, kau pergi meragut buat apa??


“Lagi respect aku kat brother yang kejar 100 trip tu!”ciapnya.


Berdasarkan video berdurasi 53 saat itu, mangsa seorang wanita turut dilihat melepaskan marah dengan menampar serta menendang peragut berkenaan.





Orang awam yang memegangnya turut mengeluarkan beberapa utas rantai leher dari dalam baju lelaki terbabit.


Bahkan terdapat seutas rantai yang dipakainya dipercayai milik wanita terbabit kerana masih mempunyai tag putih yang memaparkan berat emas.


Seakan tidak serik, dia juga cuba melarikan diri daripada cengkaman orang awam.


Di ruangan komen, beberapa warga maya mempersoalkan gaya lelaki berkenaan yang kelihatan seperti seorang berkemampuan.


Tambahan pula dia masih muda serta sihat tubuh badan.


“Pakai kasut ala-ala berduit... rupa tak ada la okay dengan rambut ‘karat’ tapi tubuh badan sihat.


"atut hantar Tel Aviv orang macam ni.


“Meragut bukan kerja! Sebelum buat, fikirlah dulu akibatnya.


“Rompak kedai emas ke tu? Seluar, kasut macam nak pergi kerja pejabat,” ujar beberapa warga maya.


Melihat kekerasan dilakukan terhadap lelaki terbabit, segelintir netizen meminta supaya dia terus diserahkan kepada pihak polis bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.


“Tangkapan awam tak semestinya kena pukul. Apa yang dia buat tu salah tapi memukul orang yang tangan dipegang juga satu kesalahan.


“Pukul penjenayah boleh didakwa.


“Pukul sikit-sikit dah la, biar pihak berkuasa yang ambil tindakan,” ujar segelintir netizen lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantar Tel Aviv?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pukul2 sikit jelah...

Sikit la tu dek non.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik tak kiok dicepokk orang awam

I pon tgk kasot dia . Mcm Tods ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:54 AM | Show all posts
eeeii ni la contoh manusia yg tak patut membiak n ada kt muka bumi ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:57 AM | Show all posts
nampak mcm dia nak rampas balik emas tu padahal dia nk tutup muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2023 10:16 AM | Show all posts
cepuk2 2-3 das tuh ok jer tapi tak perlu la record, buat la off screen. nak record utk viral ke utk bahan bukti ke, buat la semenggah sikit, jgn la post time tgh mencepuk org tu. ikat la kaki dengan tangan pakai cable tie pastu ko record la sepuas hati ko ala2 mcm bdsm
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap ari bulan, yg lepuk2 pencurik tu pn kena tahan skali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 10:39 AM | Show all posts
Style mcm set2 felda pprt
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-10-2023 09:06 AM
Hantar Tel Aviv?

Tel aviv bkn mewah ke? Senanglah sikit dia nk meragut kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:59 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 18-10-2023 10:50 AM
Tel aviv bkn mewah ke? Senanglah sikit dia nk meragut kt sana

Hantar Gaza la jadi human shield. Untung2 syahid baru ada pekdah.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:19 AM | Show all posts
kenapa rantai tu masih ada tag putih kedai mas?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:25 AM | Show all posts
pukul  sikit2 dah laaa. jgn pukul penjenayah yg tangannya dipegang..

dah tu nak suruh sayang2 cium2 belai2 ka bahabiii? bodoo nye netizen
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:27 AM | Show all posts
rasakan..sendiri cari pasal jibake
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:41 AM | Show all posts
babynina30 replied at 18-10-2023 09:47 AM
Sebaik tak kiok dicepokk orang awam

I pon tgk kasot dia . Mcm Tods ?

kasut heols beli shopee sis. invest sikit je nak meragut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sb tu aku malas nk tangkap penjenayah..antara aku cepuk dia atau dia cepuk aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 11:59 AM | Show all posts
ni lah kerja part time bani melayu diwaktu lapang..


elok campak dlm kandang babi jah  sampah msyarakat camni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu indicator betapa teruk masyarakat kita, org meragut, mencuri waktu terang benderang, tak ada rasa takut apa lagi malu. Penagih dadah di mana2.

Tak yah ckp lah nk jadi negara maju kalau kualiti rakyat mcm tu. Masyarakat madani yg pmx cuba terapkan dibuat bahan oleh org2 yg dungu dan walaun yg dok kuat kempen kutuk mengutuk apa yg nk dicapai? Padahal idea konsep madani (or whatever nama demi kebaikan), ialah drp tokoh2 islam agung long before anwar wujud. Cuma anwar ketengahkan masa dia jadi pemimpin gerakan islam (ABIM). Kufur nikmat betul org2 yg mulut capoi, bila ada leader yg ok tapi haters asyik cari salah. Bkn nk menyumbang pd kebaikan dan jadi responsible citizen. Nnti Allah dtgkan leader yg teruk rompak terang2an atau rompak diam2, baru padan muka, semua jahanam dan negara jadi miskin.

Tu dah nmpk dah bunga2 masyarakat nk jahanam, ragut, curi, keruntuhan moral menjadi2. Pihak yg konon islamik sgt, sah2 penunggang agama, apa parti tu buat selain ratip org lain tak islamik, dia ja dpt masuk syurga, konpiden nk mampus sampai ada lesen kutuk org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 18-10-2023 03:05 PM
tripleid replied at 18-10-2023 11:59 AM
ni lah kerja part time bani melayu diwaktu lapang..




buktikan Melayu??? Bkn indon,pilak..kalu dpt IC pon 'Melayu jugok' ke??? Hang kena buktikan dia ni ORI MELAYU baru boleh ' tuduh'...apa daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 01:55 PM | Show all posts
ainonymous replied at 18-10-2023 11:41 AM
kasut heols beli shopee sis. invest sikit je nak meragut.

entah kasut jam baju segala tu pun hasil rembat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.614755 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list