CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Masih Suami Orang" - Hisyam Hamid Kurangkan Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial

17-10-2023 09:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8100| Komen: 25

Jarang berkongsi momen romantis, pelakon Hisyam Hamid menafikan dakwaan sebilangan pihak bahawa dan dia dan isteri, Rosmawati Hanafi sudah bercerai.


Hisyam, 38, berkata, pendekatan diambil bagi menjaga nilai eksklusiviti adalah dengan tidak terlalu berkongsi hal peribadi dalam media sosial yang menjadi ‘lubuk makanan’ cerita netizen.



“Tiap-tiap bulan ada artikel pasal isu ini tentang saya dan isteri. Saya masih lagi suami orang. Macam saya cakap, dah kurang sikit ‘post’ atau kongsi benda-benda (berkaitan peribadi).


“Bahkan dengan anak-anak pun, sekali sekala saya akan kongsi macam baru-baru ini, masak sama-sama dengan mereka. Memang dah kurang masa main media sosial,” katanya kepada HibGlam pada acara media junket siri terbaharu lakonannya, That Cover Girl di sebuah hotel terkemuka di sini, sebentar tadi.


Jelas Hisyam yang merupakan aktor kelahiran Singapura itu, media sosial adalah satu platform yang amat berbahaya kalau terlebih berkongsi kepada khalayak.


“Berbahaya juga saya sebab kalau cerita atau kongsi lebih (hal peribadi), kita punya algoritma atau reach (kesampaian) menurun nanti dalam media sosial.



“Sebab klien pun tengok benda-benda macam ini (sebelum bagi job). Dengan isteri, baru-baru ini anak saya bergraduasi dan adalah momen yang saya kongsikan. Ada sebab untuk ‘post’.


“Kalau di rumah tengah lepak minum kopi, tak kot (saya kongsi),” jelasnya.


Terdahulu, Hisyam pernah menafikan rumah tangganya kepada media Malaysia rumah tangganya bergolak hanya disebabkan jarang berkongsi momen manis bersama isteri. Katanya, tidak semua hal peribadi perlu menjadi tatapan netizen dalam gelanggang media sosial.


Hisyam bergandingan dengan Siti Saleha, Aiman Hakim Ridza dan Alicia Amin dalam siri That Cover Girl arahan Abid Hussain yang bakal mula ditayangkan menerusi Prime Video Malaysia bermula 19 Oktober ini. 



Sumber: HibGlam



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 17-10-2023 10:01 PM
Sapa lah mamat ni..kenapa dia ada kat sini
Quote lanacondor 17-10-2023 10:30 PM
Lawa bininya
Quote Orangkaya99 17-10-2023 10:37 PM
hisyam hamid ni depan2 hensem betol...
Quote amyfaha 17-10-2023 11:09 PM
Dia hansome nak mati. Tapi dia berlakon boring. Pehal asyik nak kena senyum bila berlakon. Walaupun hansome.. lama2 bosan tgk watak dia,semua watak sikit2 senyum sikit2 senyum
Quote edayildiz 17-10-2023 11:21 PM
mmg betul tered dia kt ci ke ek?
Quote kakikuDibibirmu 17-10-2023 11:33 PM
@cmf_premierleag tersenyum sinis
Quote mawardia 18-10-2023 12:09 AM
Salah bod laaaaa
Quote Highflyer19 18-10-2023 12:13 AM
Patut bod misteri...
Quote cmf_premierleag 18-10-2023 01:45 AM
kakikuDibibirmu replied at 17-10-2023 11:33 PM
@cmf_premierleag tersenyum sinis {:ml ...

Mohon tepek gambo bang sham yg shirtless badan ketak2
#tiberrr
Quote prince_marhaen 18-10-2023 09:32 AM
OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! Terus meols teringat wanginyaaaaaa heshe jumpa depan2 bau jantan2 bau sooooooooooooo pecahhhhhhh!!!!




Quote salimrock 18-10-2023 09:36 AM
prince_marhaen replied at 18-10-2023 09:32 AM
OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!  Terus meols teringat wanginyaaaaaa heshe jumpa depan2 ...

cirit birit ke nyah?


Quote salimrock 18-10-2023 09:46 AM
wa pn takde la layan sgt citer dia ni, boring,
tp wa rsa dr segi personaliti dia agak menarik

takde la dok bercerita di medsos mcm2... lama2 nampak cam poyo..

tp artis2 ni kena la juga sekali sekala upload cerita atau balas komen peminat

teringat dulu sapa nama pelakon tu pablo amirul ckp dia tak ramai followers di insta, ada penerbit, pengarah yg penting kan followers di insta...




Quote KamikuP 18-10-2023 10:20 AM
Mohon tepek citer Soeb dan Watitek meolls merayu.. tibahhh
Quote mamajawie 18-10-2023 11:53 AM
heollss ni hensem yachhh..pernah jumpa kat JPO masa tu iolllss bru2 kawen dating ngan husb jalan berselisih dengan HH rasa cam nak cair je seb baik la tersedar iollss da berlaki haha
Quote umbut 18-10-2023 12:33 PM
Retis jate spore memang hensem cth aaron , adi putra ( waktu muda ), hisyam ngan alif..
Quote supernaturalee 18-10-2023 02:32 PM
umbut replied at 18-10-2023 12:33 PM
Retis jate spore memang hensem cth aaron , adi putra ( waktu muda ), hisyam ngan alif..

hady mirza juga


Quote darkness 18-10-2023 02:56 PM
Awal dia kawen eh..anak dah graduate
Quote umbut 19-10-2023 08:52 AM
supernaturalee replied at 18-10-2023 02:32 PM
hady mirza juga

More ke jawa, paling jawa fuad laki tom
Quote GreySuede 10-5-2024 02:20 PM
So masih suami org atau x? Kat ig mstar tadi caption mcm mengundang...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.100016 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top