Perkahwinan Sabri Yunus dan Angeline Tan menjadi perhatian umum apabila ada seorang ustaz yang mendakwa lafaz ijab kabul pasangan itu tidak sah. Isu itu turut menarik perhatian pelakon Fasha Sandha apabila dia memuat naik di IG Story keratan akhbar yang melaporkan penjelasan Sabri.
"Ustaz oh Ustaz, diorang dah menikah. Apa hal kamu nak menuduh-nuduh pula ni? "Kenapa ya? Ustaz kini ada yang aneh-aneh," tulis Fasha. Terdahulu, isu nikah tidak sah itu timbul selepas ustaz tersebut mendakwa lafaz ijab kabul itu terlalu ringkas yang sekali gus menyebabkan pernikahan Sabri dan Angeline tidak sah. Bagaimanapun, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau Dr Maza tampil menjelaskan perkara itu. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT