CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna Nick Dicop Pengacara Toksik, Asyik Perli Program Lain

17-10-2023 11:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7696| Komen: 45

Tindakan hos Famili Duo musim ketiga (FD3), Janna Nick yang didakwa kerap memerli rancangan realiti lain iaitu All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang bersiaran pada waktu dan hari yang sama dengan program terbitan TV3 itu mengundang rasa kurang senang netizen.


Janna yang diamanahkan sebagai pengacara bersama penyanyi Izzue Islam itu dikatakan kerap menyindir GV10 semata-mata ingin menarik perhatian penonton.



Ketika perbualan ringkas, isteri kepada aktor Dini Schatzmann itu memaklumkan kehebatan FD3 yang mampu bersiaran langsung dua kali dalam tempoh setahun.


“Pernah tak ada program realiti lain buat satu tahun dua kali? Tiada.


“Ini sebab ramai penaja masuk. Nak capai 10 musim tidak perlu tunggu 10 tahun sebaliknya tiga tahun sudah cukup,” selorohnya.


Kenyataannya tersebut tidak disenangi netizen sehingga melabelnya sebagai individu toksik.


“Kurang minat dengan pengacara wanita ini. Dari awal rancangan memang kena perli rancangan lainkah?,” kata netizen.


“Pengacara wanita toksik. Boleh gantikan orang lain yang sesuai dengan Izzue Islam,” komen seorang lagi netizen.


“Janna Nick, walaupun ini kerja awak sebagai pengacara, terserlah realiti pengacaraan rancangan paling toksik,” kongsi netizen lain.


“Di Malaysia tiada pengacara lain? Meleret dan perli-perli. Nanti netizen kutuk terus kemurungan,” sindir netizen lagi.


Semalam, FD3 membuka tirai menampilkan enam duo adik-beradik iaitu Syaiful dan Sharif; Shila dan Syahir Amzah; serta Ryan dan Adam Bakery.


Antara duo lain iaitu pasangan suami isteri, Fuad Rahman dan Tom serta saudara mara Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.



Sumber: HibGlam




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-10-2023 11:08 AM
Tak trigger bipolar ke?

Quote airmineral 17-10-2023 11:19 AM

kalau trigger pun patut dilantak kan aje dia xpayah kesian, time tu jgn play victim pulak

perangai ntah bila nak elok


Quote I.K.A888990 17-10-2023 11:28 AM
chill2 la janna...
program tu pn okay je kalau hang tak perli2
Quote akuHavocczz 17-10-2023 12:12 PM
Apa kredibiliti sheols dan ain dros tu jadi pengacara eh?
Quote pembacagosip 17-10-2023 12:16 PM
tula amik lagi pengacara yg emmmmmmmm
Quote mawarika 17-10-2023 12:27 PM
Jujur aku tak pernah tgk si janna ni mengacara dan tak terasa nk tgk program realiti tv 3. Tak pernah okay. Mungkin faktor usia aku cuma tgk gv je. Dulu2 akademi fantasia tu pun Musim 123 je..
Quote naina 17-10-2023 12:30 PM
Memang ananoying pun dia jadi host
Xbest langsung
Aku tengok sekejap2 sebab Shila je
Semoga Shila menang sebab aku kesian kat dia
Quote Burong_Hantuk 17-10-2023 12:33 PM
sama jer dua2 prog samp@@
Quote MistrezHermanaz 17-10-2023 12:37 PM
bingittt..xde pengacara lain ke..xde rasa nk tgk pon..izzue tu pon haiii
Quote matjerk 17-10-2023 12:38 PM
Level dia mcm tu jer...

Tapi x boleh usik dia...kena hencap byk2.  nanti bipolar dia trigger.... korang jugak yg akan dituduh tiada empati.. "depression is real".. dia mengundang kencaman, tp kita kena ketawa jer segala sindiran dia... tak boleh kecam.
Quote msdummy.2018 17-10-2023 12:49 PM
Edited by msdummy.2018 at 17-10-2023 12:50 PM

Saty her issue fd nih..sound system sedehhhh..actually best program ni...aku start thk last year tp kat utube jerlah..aku malas tgk live sb jannah bingitttt...baik pngilll kepommmm

Xtau apa functuon izzue kat situ...baik pngl shaun tuh mengacara balik sb dia pndi counter balik laharan jannah tuh...
Quote ohsoyaya 17-10-2023 12:58 PM
Insecure betol dak janna dgn GV ea
Quote cikatilia 17-10-2023 02:02 PM
janna janna..ko toxic xpe..
sekali org bidas sket terus bipolar la.. semua disorder ko tapao
Quote sukanyanyi 17-10-2023 02:15 PM
msdummy.2018 replied at 17-10-2023 12:49 PM
Saty her issue fd nih..sound system sedehhhh..actually best program ni...aku start thk last year tp  ...

la yeke da bkn oppa.. tula izu mngacara i rs bosan skit, mcm kt icsyv. tp kt mzik2 ok la sb xde audiens.
Quote iolss 17-10-2023 02:16 PM
org sakit mental, bipolar ni sume btl ke insuran sume xnk amik... retis ni sng2 je claim depa mental la anxiety la.. ada insuran ke depa nih.
utk x ot, i xtgk tv. so xtau pon jn ni jd pengacara hahaa
Quote Sazreena 17-10-2023 02:18 PM
Host bipolar dalam cubaan menoksik program.
Quote KamikuP 17-10-2023 02:56 PM
Bipolar pun bole ngandung ek?
Quote penjarasgbuloh 17-10-2023 03:18 PM
best ke FD? tak pernah tau....baru ni tau.
Quote MatDeghem 18-10-2023 07:02 AM
Anugerah Toxic

host toxic - jannah nick
ibu toxic - acik fauziah mantan pak lalat
adik beradik toxic - syada & syapik

suami toxic
isteri toxic
anak toxic
penyanyi toxic
pelakon toxic


Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041894 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top