CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Persembahan Kurang Memuaskan, Nyanyian Berterabur- Siti Nordiana Minta Maaf Sebab Kecewakan Ramai Pihak

16-10-2023 08:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4901| Komen: 45

Siti Nordiana membuat permohonan maaf kepada peminatnya susulan persembahan kurang memuaskan di konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Nana, 39, berjanji kepada peminat akan melakukan persembahan yang lebih baik pada konsert akan datang.


Foto: IG

"Mader (panggilan Nana) minta maaf okay. InsyaAllah mader will come back stronger... terima kasih," katanya.

Menerusi persembahan lagu Ada Apa Dengan Cinta gandingan bersama penyanyi undangan Amir Masdi, nyanyian Nana dilihat gagal menambat hati para juri.

Menurut Datuk Ramli MS, persembahan Nana dilihat kurang memuaskan dan memberitahu nyanyian Amir pula dilihat lebih menyerlah.


"Persembahan tak seimbang... menonjol sangat si Amir tu. Vokal Amir sangat kuat dan bila kamu (Nana) menyanyi dekat harmoni berterabur," ujarnya.

Sementara itu, juri Hetty Koes Endang turut meluahkan rasa kecewa dengan persembahan yang diberikan Nana.

"Kamu (Nana) dari awal persembahan sampai akhir teruk. Kurang berhasil malam ini. Bunda kecewa," jelasnya.



Justeru itu, Nana menduduki tangga kedudukan kedua terakhir dengan jumlah markah sebanyak 49 peratus.

Penyanyi Aishah pula berada di kedudukan terakhir dengan markah 43 peratus sekali gus diumumkan sebagai peserta ketiga yang tersingkir.


ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

ASGV boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 16-10-2023 08:44 PM
A darleng you are...admit your shortcoming...tak macam sorang yg perasanz terlalu diva yg mempersoalkheun kriteria pengadilan terhadapnyer yg begitu teruk...

Dah kalah iteww kalah ler.  

Quote buragazz 16-10-2023 09:08 PM
Aku sedikit kecewa keberadaan Nana dalam GV10 sebab moment masa kat GV2 tu tak nampak.. fighting spirit tu takde lansung..
Quote woven11 16-10-2023 09:31 PM
Tone down betol ct nana nih.. mengaku kekhilafan sheols… amir terlalu bagus utk nana.. bile amir masuk first note semalam meremang teruk
Quote malaysiaku123 16-10-2023 09:47 PM
First dgr suara Amir mmg love teruk
Pastu masuk part nana frust i..knp nana mcm ni? Dia kurg memberi n mcm x bersungguh..i want more nana coz we love u..huhu
Nana ni aku xtaw la apa mslh dia..dia kurg bersemangat bila nyanyi tu..kn nyanyi lagu Happy jela mcm last week..br mcm best sket
Quote hyie 16-10-2023 10:02 PM
nana menten perangai malas2 dia tu, masa gv2 tu sheols boleh kata takda apa2 la tu sebab bersungguh2...asgv ni sheols dah tak bersungguh pun. Vokal pon ala kadar je. Alasan covid tu dah basi iya, sheols patut cari solusi.
Quote rayna_raynes 16-10-2023 11:04 PM
Lebih kepada salah pilih lagu juga
Quote Bonger 16-10-2023 11:13 PM
Nana beruntung peminat dia ramai tapi persembahan macam dia nyanyi untuk peminat dia je bukan seperti di pertandingan.walhal peserta lain semua dah all out nyanyi bersungguh sungguh
Quote miss_strangers 16-10-2023 11:15 PM
dimaafkan ...sbb nana sopan santun....anak melayu....
Quote woven11 16-10-2023 11:17 PM
miss_strangers replied at 16-10-2023 11:15 PM
dimaafkan ...sbb nana sopan santun....anak melayu....

Lemak manis ala amboi amboi…
Quote tom2 16-10-2023 11:22 PM
buragazz replied at 16-10-2023 09:08 PM
Aku sedikit kecewa keberadaan Nana dalam GV10 sebab moment masa kat GV2 tu tak nampak.. fighting spi ...

Ye setuju. Aku geram betul dia lemah gemalai dengan nampak cam x bersungguh. Camne nak cakap, cam nyanyi biasa2 je. Bila ko cakap xde fighting spirit tu betul la..
Quote DeLuna85 16-10-2023 11:31 PM
woven11 replied at 16-10-2023 09:31 PM
Tone down betol ct nana nih.. mengaku kekhilafan sheols… amir terlalu bagus utk nana.. bile amir ma ...

Amir memang terlalu bagus ukt nana. Amir hanya utk aku haha. Boleh mcmtu?
Quote Lelli 16-10-2023 11:33 PM
Edited by Lelli at 16-10-2023 11:35 PM

Arrangements ke arah rock if AM yg bertanding.. Kat sini pn dah silap langkah.
Nyanyi lemah gemalai mmg sng2 kena 'baham' dek AM..
Nk keep in tempo dari gemalai bertemu rock dipertengahan mmg miracle la magic nk terjadi..
Apa pun visual sweet tu 'sampai' (ke biased sbb minat dua2 ni)
Bangkit.


Quote YomiuriLandMae 16-10-2023 11:40 PM
tp better la nana yg stay dari tersenggol.. bagi org lain yg acah2 ecah tersenggol..
Quote woven11 16-10-2023 11:55 PM
Lelli replied at 16-10-2023 11:33 PM
Arrangements ke arah rock if AM yg bertanding.. Kat sini pn dah silap langkah.
Nyanyi lemah gemalai ...

Betol.. first step arrangement je dah setapak ke lembah gaung. Arrangement costum untuk amir comel bukan tuk ct nana yg lemah lembut.. arranger ag coco??
Quote sambaldurian 17-10-2023 12:02 AM
For me , nana klu duet waktu pertandingan mmg kurang harmoni ( even ngan naqiu pun , mcm tersenggol jd nya lagu tu). Klu studio record ngan achik spin ok pulak.
Quote Lelli 17-10-2023 12:09 AM
woven11 replied at 16-10-2023 11:55 PM
Betol.. first step arrangement je dah setapak ke lembah gaung. Arrangement costum untuk amir comel ...

Masa agcoco up igs igtkn heolls main gitar iringi performance.
X dinafikn mmg meletop arrangements tu.. Tapi x brp msk dgn range vokal Ct Nana..Unfortunately.

Quote KamikuP 17-10-2023 02:45 PM
Ok le Nana hidop Sendayan
Quote bintangct 17-10-2023 02:51 PM
nana dgn si ezad ni kena cari something la utk bg wow pd juri Dua² nyanyi lemau
Quote MistrezHermanaz 17-10-2023 03:23 PM
rasanya ngajat tampi nnt dia ok kot, sesuai dgn vocal dia

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048016 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top