Datuk Afdlin Shauki mempunyai sebab tersendiri mengambil anaknya, Mia Sara berlakon di bawah filem arahan terbaharunya yang berjudul Harimau Malaya The Untold Journey. Selain bakat yang ada pada Mia, dia juga teringin melihat anaknya memakai hijab.
“Benar, Mia Sara ada dalam filem itu nanti. Dia berlakon sebagai watak anak Datuk Hamidin yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). “Anda semua pun tahu macam-macam dia dah buat dalam industri. Saya pilih dia sebab saya nak bagi dia watak orang bertudung. “Sebab anak Datuk Hamidin memang bertudung dan saya nak dia pakai tudung, bagi dia rasa macam mana bila berhijab,” katanya kepada Gempak.
|
ADVERTISEMENT