Penonton bersorak melihat kemunculan penyanyi era 80-an Liza Aziz sebagai bintang jemputan menerusi persembahan bersama peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Noryn Aziz. Gandingan Noryn yang menyanyikan lagu I’m Every Women nyanyian asal Chaka Khan dilihat begitu serasi bersama Liza yang masih mengekalkan kemantapan vokal.
Rata-rata penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersorak dan memberikan penghormatan 'standing ovation' sejurus kedua-dua bintang itu selesai membuat persembahan. Juri tetap Datuk Syafinaz Selamat turut memuji nyanyian Noryn yang menyerlah disebabkan mendapat semangat daripada Liza. “Saya rasa Liza beri awak tenaga untuk all out. Menyanyi dengan satu suara seperti Liza adalah sangat istimewa. “Saya rasa ia adalah persembahan yang seimbang. Kedua-dua kamu tidak cuba untuk over shadow antara satu sama lain,” katanya.
|
KamikuP replied at 16-10-2023 05:08 PM
Hari Sabtu sebelumnya akak dia Azlina Aziz nyanyi kat TV2 rancangan Bointang Klasik 2023 mmg meletop ...
ADVERTISEMENT