CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mikrofon Tak Berbunyi, Habis Rosak Persembahan Shila Dan Syahir- Mas Idayu Puji Sebab Bijak Kawal Situasi Cemas

16-10-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6621| Komen: 71

Mikrofon tidak mengeluarkan bunyi ketika membuat persembahan membuatkan persembahan Shila Amzah dan Amir Syahir terganggu.

Bertindak profesional, Shiladilihat sempat menukar mikrofon ketika menyanyikan lagu Menggegar Dunia yang pernah dipopularkan Stacy dan Adam AF.


Bagaimanapun, mikrofon kedua itu juga mengalami masalah sebelum penonton di studio menjerit kerana berasa sedih dengan insiden menimpa mereka.

Foto: mStar

Tidak hanya pasangan duo itu, mikrofon yang digunakan hos iaitu Izzue Islam turut mengalami masalah serupa.

Rakan hos, Janna Nick sempat meminta maaf kepada penonton akibat masalah teknikal yang berlaku tanpa sengaja.

"Saya sebagai wakil memohon maaf kepada penonton dengan masalah yang dihadapi tadi," katanya.

Sementara itu juri tetap, Mas Idayu memuji Syahir yang dilihat profesional mengendalikan situasi cemas tersebut.


Malah sempat meminta agar masalah teknikal seperti ini tidak berlaku lagi selepas ini.

"Shila saya tak pertiakikan dia menyanyi bagus tapi Syahir walaupun ada masalah teknikal tapi muka dia tak tunjuk.

"Saya harap lepas ini tiada lagi berlaku seperti ini lagi. Sebab kami menjuri vokal," ujarnya.

Mas Idayu memberi lapan markah kepada pasangan itu manakala lima daripada Ajai.

Selain Shila dan Syahir, FD3 turut disertai Ryan dan Adam (Duo adik beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu), Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri), Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (Duo Adik Beradik) dan Sharif dan Syaiful Zero (Duo Adik Beradik).

Juara mingguan akan menerima hadiah bernilai RM10,000 sehingga episod ketujuh.

Manakala finalis di pentas akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.

Famili Duo 3 bersiaran setiap hari Ahad, 9 malam di TV3 dan Tonton. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote owlowl22 16-10-2023 12:34 PM
cian dua beradik ni… ujian demi ujian…bertabahlah nakk
Quote owlowl22 16-10-2023 12:34 PM
cian dua beradik ni… ujian demi ujian…bertabahlah nakk
Quote I.K.A888990 16-10-2023 12:35 PM
mmg geram je aku tgk semalam
tv3 dgn masalah sound system mmg berpisah tiada laaa...tah pape...
nasib dia perform bagus..terkejut gak adik dia pun boleh tahan suara
Quote Thunderclouds 16-10-2023 12:35 PM
Korang purcaye kew xsengajerr..
Mcm production crew tu br keja semalam.
Puihh
Quote Buritan 16-10-2023 12:35 PM
owlowl22 replied at 16-10-2023 12:34 PM
cian dua beradik ni… ujian demi ujian…bertabahlah nakk

Mak depa ckp tuu laaa sbb derhakee.. tuu nyanyi pun bermasalahh.. hahahaha

Quote Buritan 16-10-2023 12:37 PM
I.K.A888990 replied at 16-10-2023 12:35 PM
mmg geram je aku tgk semalam
tv3 dgn masalah sound system mmg berpisah tiada laaa...tah pape...
nasi ...

Keturunan pndai nyanyi.. kalo aku nyanyi pas tuu korang kata sedap... Tuu baru wowwww.. aku caye je si cada tuu pun pandai nyanyi jgk.. udah dlm perut didedahkan dgn nyanyii semua ni
Quote prettyuglybabe 16-10-2023 12:45 PM
kena sabotage ke?
Quote noor2 16-10-2023 12:47 PM
Moga shila dan adiknya menang program ni...aku jatuh kesian pulak dgn dia ni
Quote TomyamPuteh 16-10-2023 12:56 PM
Dlm byk byk anak Pak Lalat, Shila yg plg ada rupa.
Quote tikusmontok 16-10-2023 01:01 PM
Cadar capig kat umah lompat bintang
Quote A-Are 16-10-2023 01:05 PM
Buritan replied at 16-10-2023 12:35 PM
Mak depa ckp tuu laaa sbb derhakee.. tuu nyanyi pun bermasalahh.. hahahaha

betul la tu
Quote September14 16-10-2023 01:05 PM
Saja je aku rasa nak create citer tp tulah diorg ni lah jd mangsa…
Quote irvene 16-10-2023 01:09 PM
owlowl22 replied at 16-10-2023 12:34 PM
cian dua beradik ni… ujian demi ujian…bertabahlah nakk

family shilalat said. kifarah is real pulak dkt 2 beradik ni
Quote kikilalapooh 16-10-2023 01:37 PM
tv3 ni mmg kena improve laaa. teruk benor quality live show kalau mic pun problem.
Quote kikilalapooh 16-10-2023 01:39 PM
I.K.A888990 replied at 16-10-2023 12:35 PM
mmg geram je aku tgk semalam
tv3 dgn masalah sound system mmg berpisah tiada laaa...tah pape...
nasi ...

lepas keluar cite shila selamani kena macam macam dgn family dia. terus iols rasa nak support depa dua ni dkt familyduo. syahir ni nampak adik yang baik..
Quote I.K.A888990 16-10-2023 01:44 PM
kikilalapooh replied at 16-10-2023 01:39 PM
lepas keluar cite shila selamani kena macam macam dgn family dia. terus iols rasa nak support depa ...

kan nampak syahir ni rapat dgn dia
tgk cara dia selesa dgn si kakak..
bagus la mcm ni..lgpun sedap gak suara dia...
Quote rainbowrainz 16-10-2023 01:58 PM
Iols harap drg menang..sekian
Quote SisLena 16-10-2023 02:04 PM
Plg bodo famili duo still letak si janah bingit tu jd host..memang tidakla aku nk tgk. Semua host ppuan tv3 tak best..dgn ain edruce pun sama.
Quote Robitadotcom 16-10-2023 02:15 PM

capig tu ckp dia keje dlm industri tp belakang tabir je? check sound system ke mende tah? Ok done sangka burok. Tiber

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.056058 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top