Penyanyi, Datuk Aishah diumumkan tersingkir pada minggu keempat pertandingan All Star Gegar Vaganza (ASGvV) pada malam Ahad. Tampil duet dengan Vince Chong menerusi lagu Terlanjur Cinta, persembahan tersebut gagal menarik perhatian juri sekaligus meletakkannya pada kedudukan paling corot.
Salah seorang juri tetap iaitu Hetty Koes Endang dalam komennya tidak menafikan kehebatan vokal Aishah namun kurang memukau dari segi emosi ketika menyampaikan lagu tersebut. Sementara itu, Aishah berkata, walaupun sedih namun dia gembira namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir. "Saya rasa ramai juga doa orang di luar sana yang makbul untuk saya keluar. "Saya agak gembira, esok saya boleh sambung tidur," katanya. Sementara itu, Noryn Aziz mendapat tempat pertama dengan 85.25 peratus diikuti Liza Hanim (85 peratus) dan Ayai pada kedudukn ketiga dengan 83.25 peratus.
Tomok pula diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton. Sumber: mStar
|
Kancilkering replied at 16-10-2023 07:34 AM
kesilapan tok chah….masuk gv all stars nih….teruskan maju jaya…
.."Saya rasa ramai juga doa orang di luar sana yang makbul untuk saya keluar.
"Saya agak gembira, esok saya boleh sambung tidur," katanya.
Kancilkering replied at 16-10-2023 07:34 AM
kesilapan tok chah….masuk gv all stars nih….teruskan maju jaya…
"Saya rasa ramai juga doa orang di luar sana yang makbul untuk saya keluar.
Sachacha replied at 16-10-2023 07:58 AM
Ok je suara dia bercakap time last tu kan..kenapa bila kat klip tu suara kecik mcm chipmunk..
ADVERTISEMENT