Penyanyi Datuk Hattan dia rindu zaman kegemilangan mengadakan persembahan nyanyian di fun fair semasa era-90 an. Kata Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabuddin, 59, persembahan sedemikian dapat mendekatkan dirinya dengan peminat, malah bayaran tiket yang dikenakan juga tidak mahal.
“Kalau diberi pilihan untuk sekarang ni, saya lebih pilih untuk zaman dulu iaitu buat persembahan di fun fair kerana dekat dengan peminat walaupun mereka harus bayar untuk tonton kita, bayar RM6 pun mereka sangat hargai. “Sekarang ini harapkan konsert tapi tiket pula mahal dan tidak dapat jumpa dengan semua peminat, dapat berjumpa pun dua ribu orang saja tapi kalau Funfair kita jumpa semua peminat yang datang. “Sekarang ni susah untuk kita jumpa dengan peminat kalau ada pun melalui persembahan busking tapi percuma tepi jalan dan dulu tiket tonton menyanyi harga lain dan bergambar pula kena bayar,” kata Hattan
Sumber: mStar |
Prickford replied at 16-10-2023 04:01 PM
Kau nak dekat buat apa? Peminat semua nak jauh dari hangsuang mcm kau.
A-Are replied at 16-10-2023 07:49 AM
ada lagi ke fun fair ni...
ADVERTISEMENT