Pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa kesal apabila dituduh enggan mendirikan rumah tangga kerana tidak menyukai kanak-kanak. Bengang dengan tuduhan itu, Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 35, berkata, tuduhan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
"Tiz kenapa awak tak kahwin? Mesti awak tak suka budak kan? "Perkara paling hina yang pernah saya dengar," katanya. Tiz berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya pada Ahad. Dia juga meminta agar pihak berkenaan menjaga mulut meskipun tidak senang melihat dia bahagia berstatus bujangnya. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata menerima nasib seperti aktres berkenaan.
Malah ada yang memintanya untuk tidak melayan individu seperti itu kerana tidak bagus untuk kesihatan mental. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT