CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Khadijah Rela Kena 'Friendzone', Enggan Terjebak Cinta Lokasi

15-10-2023 01:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4600| Komen: 4

Melihat 'trend' kebanyakan pelakon kerap terjebak dengan cinta lokasi, pelakon Siti Khadijah Halim seboleh-bolehnya cuba mengelak perkara itu terjadi kepada dirinya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 26 tahun itu mengakui, dia tidak boleh terlalu 'keras' kerana percaya jodoh, rezeki, ajal dan maut bergantung sepenuhnya atas takdir yang ditentukan Ilahi.



"Saya tak mahu cakap lebih mengenai jodoh. Ini kerana jodoh di tangan Tuhan. Maka siapalah saya menentukan untuk bercinta dengan sesiapa.

"Saya tak boleh menolak jika jatuh cinta di set penggambaran sebab perkara ini berkemungkinan boleh terjadi.

"Siapa tahu, penghujungnya memang jodoh saya dengan pelakon yang dikenali di lokasi penggambaran," katanya.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Dia Yang Ku Cinta itu memilih mengekalkan status sebagai rakan sekerja biarpun ada yang cuba mendekatinya ketika penggambaran.


"Sekarang saya lebih memilih dan berhati-hati dalam bertutur. Saya tak mahu tersalah cakap dan lebih suka kena 'friendzone' di lokasi penggambaran.

"Sudah tentu ada yang cuba mendekati, tapi saya tidak meneruskan hubungan lebih jauh.

"Saya tak mahu menghancurkan hubungan seseorang dengan pasangan atau menjadi orang ketiga.

"Saya faham perasaan wanita lain sebab saya dalam kalangan mereka juga. Jadi, saya tak mahu terlalu berlebihan untuk mengenali seseorang," katanya.


Lantaran itu, Siti Khadijah mahu lebih berhati-hati dan menjaga pertuturannya agar tidak menyakiti hati sesiapa.

"Saya agak lantang sebenarnya, tapi pada masa sama, sensitif. Saya jenis orang yang akan sebut sahaja apa yang terlintas dalam kepala, tapi tetap dalam keadaan berhati-hati," katanya.


Sumber: BH Online








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 15-10-2023 07:48 PM
Yang terlalu berhati-hati sering kecundang....
Quote eely_shana 25-10-2023 07:12 AM
Siti ni pandai berlakon
Quote Kancilkering 25-10-2023 08:53 AM
Edited by Kancilkering at 25-10-2023 09:14 AM

ghupe sweet girl next door


set set ghupe dayana roza scha al yahya jana nick
sharifah shahora
Quote pocongkiutss 25-10-2023 08:55 AM
Dia ni cam poyo je hari tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.033888 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top