CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sabri Yunus, Angeline Tan Dinikahkan Oleh Dr Maza

14-10-2023 02:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6192| Komen: 15

Pelakon dan pengarah tersohor Sabri Yunus, 62, berhajat agar pernikahan mereka disempurnakan oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza kerana Angeline Tan banyak mendalami tentang agama Islam melalui video ceramah Mufti Perlis itu.


Kata Sabri dia dan isteri bersyukur kerana Dr Maza memberi persetujuan atas permintaan mereka setelah mendapat bantuan seorang rakan malah majlis pernikahan itu dilakukan di kediaman mufti itu di Perlis.


"Saya banyak dedahkan isteri tentang agama Islam melalui video ceramah Dr Maza... Daripada situ dia mendalami ilmu agama. Jadi apa salahnya kalau saya mahu beliau menyempurnakan pernikahan kami.

"Selepas Angeline memeluk Islam, saya nyatakan hasrat tersebut kepada seorang rakan dan Alhamdulillah dia uruskan semua," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Pada pagi Sabtu, Sabri dan Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.


Dalam pada itu, Sabri memberitahu Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu di Kelantan.


Bercakap tentang nama Ardini, Sabri memberitahu dia sendiri memilih nama tersebut hanya dalam tempoh dua minit selepas isterinya sah melafazkah syahadah.

"Dia tahu tujuan kami berkawan rapat adalah untuk berkahwin. Jadi selepas peluk Islam, kami tak tunggu lama bagi meneruskan pernikahan ini.

"Kami rancang majlis dalam masa singkat dan semuanya berlangsung dalam serba sederhana sahaja.

"Ardini itu saya sendiri yang pilih selepas pihak pejabat agama minta kami pilih satu nama untuk didaftarkan... Dalam tempoh dua minit sahaja saya jumpa nama itu dan maksudnya adalah isteri yang menyayangi," ujarnya.

Sabri dan Angeline merupakan sahabat lama malah mereka cukup popular ketika sama-sama terlibat dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada awal era 90-an.

Bagaimanapun hubungan mereka kembali bertaut sejak tiga tahun lepas apabila Angeline banyak terlibat dalam pembikinan drama produksi miliknya.

"Saya tak pernah tutup hati berkahwin lain selepas isteri meninggal dunia namun tidak pula saya mencari.

"Apabila kembali rapat dengan Angeline, hati mula terdetik (berkahwin semula) sebab kami sudah lama mengenali dan tahu hati budi masing-masing.

"Sebab itu saya banyak libatkan dia dalam produksi saya supaya kami jadi lebih rapat," jelasnya.

Sabri dan Angeline sah sebagai suami isteri dalam sekali lafaz pada jam 10.30 pagi pada Sabtu.

Untuk rekod Sabri Yunus pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya matanya.

Norraya bagaimanapun meninggal dunia akibat kanser pada Ogos 2007.

Sementara itu, Angeline pula mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 14-10-2023 02:58 PM
Akhirnya Wan Ismail Golok yang dapat Lucy. Pi mai pi mai tang tu juga yang jadi jodoh dia.
Quote lanacondor 14-10-2023 03:04 PM
Tahniah keduanya Semoga berbahagia ke akhir hayat
Quote nakkomenjugak 14-10-2023 03:12 PM
derrrrrrr iol dah agak!!!!
sesapa yang rajin layan pmpmtt sebelum tb3 delete video (dasar fundekkk punya tb3)
memang nampak ada scene2 tertentu yang kamera dapat shoot
iol tak tau nak describe camne tapi gitu lerrrr fefeeling iolssss
cam mesra semacam deme ni
tak sangka jodoh tu sebelah kerusi je
selamat pengantin baru for both!
Quote fortiori13 14-10-2023 04:53 PM
Tahniah lucy & wan mail golok..
Quote matjerk 14-10-2023 04:56 PM
Kan dah ada thread ni... merge je lah...
Quote nuralisa 14-10-2023 05:30 PM
Oo lucy pernah kawin sblm ni .. ada 2 anak
Quote nebbit 14-10-2023 07:06 PM
Tahniah buat kedua mempelai, semoga berbahagia hingga ke syorga
Quote sleepandream 14-10-2023 07:26 PM
wahhhh... congratssss.....
Quote AkokKocik 14-10-2023 08:44 PM
Jodoh rahsia Allah.
Quote Nenolen 14-10-2023 09:35 PM
Tahniah dan selamat pengantin baru buat Sabri dan Angeline
Quote Diamondmoney 14-10-2023 09:41 PM
nakkomenjugak replied at 14-10-2023 03:12 PM
derrrrrrr iol dah agak!!!!
sesapa yang rajin layan pmpmtt sebelum tb3 delete video (dasar fundekkk p ...

[tiktok]7289720911408663809[/tiktok]
Quote Meiizu 14-10-2023 09:51 PM
Ooooon semail golok dah lama rancang heheheh tahniah. Hepi tengok diorang
Quote Sonneblume 15-10-2023 06:16 AM
Tahniah..cantik lagi angeline tan sampai skrg.berapa umur dia?
Quote JahLupa 15-10-2023 06:53 AM
Jauh perjalanan dorang ni.. it takes years to tie the knot..papepun, tahniah lah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.072158 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top