Kontroversi nak jual rumah banglo yang berlaku dalam keluarga Shila Amzah nampaknya bertambah menjadi bualan hangat apabila ibunya, Fauziah Sarman memuat naik status memerli menantunya, Ubai.
Dalam nada sarkastik, Fauziah mendakwa Ubai juga menumpang kemewahan selepas berkahwin dengan Shila. Melabel Ubai sebagai 'orang luar', Fauziah turut mengucapkan terima kasih kepadanya kerana melayan sebegini selepas menatangnya sebagai anak sendiri. "Untuk 'orang luar' yang pernah emak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan emak begini. "Untuk 'orang luar' yang baru memiliki Nurshahila, terima kasih membuat keseimpulan yang hanya memenangkan diri kalian," katanya di hantaran Instagram pada pagi Jumaat namun kemudiannya dipadam. Dalam pada itu, Fauziah berkata, dia dan menantunya tiada perbezaan kerana Ubai juga 'cuci kaki' ketika melangkah masuk ke rumah anaknya selepas mereka berkahwin. "Kita tiada beza... Awak juga cuci kaki masuk rumah," katanya lagi. Semenjak isu anak-beranak itu menjadi perhatian, Fauziah turut menjadi sasaran kecaman yang diantaranya mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Malah ada menuduhnya mengambil kesempatan terhadap kejayaan Shila sebagai penyanyi untuk terus bekerja bagi menyara keluarga.
|
Buritan replied at 13-10-2023 09:02 AM
Siannya shilaa.. come here baby.. kalo awak nak nangis mai sini bahu aku adee.. wpun aku tak minat s ...
airmineral replied at 13-10-2023 09:01 AM
kalau betul xila buat mak kecil hati, minta lah maaf
dan bincang terus dgn mak secara personal
tp ka ...
makadek replied at 13-10-2023 09:04 AM
Kan aku igt mak aku teruk lg terux mak shilat ni
Mak aku toxic suka pecahbelahkn anak2 tp adik brd ...
airmineral replied at 13-10-2023 09:01 AM
kalau betul xila buat mak kecil hati, minta lah maaf
dan bincang terus dgn mak secara personal
tp ka ...
farah_fanz replied at 13-10-2023 09:04 AM
Dia post kat mana eh? Aku buka ig dia xda pun makcik nie post? Ker dia delete sbb org kecam.
missHaidiD replied at 13-10-2023 09:06 AM
Kan aku dah ckp mak dia ni mulut jahat toxic paling besar skali. Patutlah laki lari tak menoleh bela ...
ADVERTISEMENT