CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Qatar Kena Tangkap, Disyaki Liwat Remaja 18 Tahun Di Tandas Hospital

12-10-2023 09:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1992| Komen: 9

Bangkok: Polis Thailand menahan seorang warga Qatar kerana didakwa meliwat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di dalam tandas sebuah hospital di Bangkok, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Pegawai Balai Polis Lumpini yang menjalankan siasatan kes serangan seksual tersebut menangkap suspek berusia 23 tahun dari Qatar bernama Saoud Hussain Ma Alyafel.


Menurut mangsa, dia merupakan pekerja sambilan di sebuah kedai kopi dalam bangunan hospital swasta tersebut.

Dia  dan rakan sekerja sedang membersihkan kafe itu sebelum ia ditutup sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) apabila mereka didatangi suspek yang mahu membeli aiskrim.

Mangsa memberitahu suspek bahawa kedai itu sudah ditutup, menyebabkan suspek bertanyakan arah untuk pergi ke tandas.

Mangsa kemudian mengajak suspek mengikutinya ke tandas memandangkan dia juga perlu menggunakan kemudahan tersebut ketika itu.


Apabila berada di dalam tandas, mangsa mendakwa suspek menghampirinya dari belakang dan mengheretnya masuk ke dalam kubikel tandas sebelum meliwatnya.

Menurut mangsa, dia tidak mengenali suspek dan tidak pernah melihatnya di hospital itu sebelum ini.

Suspek menafikan melakukan perbuatan itu.

Namun, jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara empat hingga 20 tahun dan denda antara 80,000 baht (RM10,440) hingga 400,000 baht (RM52,204) kerana merogol menggunakan kekerasan. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 12-10-2023 09:53 PM
Bakal PMX Qatar la nanti tu.... Tahniah.
Quote prettyuglybabe 13-10-2023 10:44 AM
jangan ada plot twist sudah..
telen tu pelacur laki pompuan bersepah kot..
Quote laksmanabentan 13-10-2023 03:11 PM
hahahahahaa... plot twist la tuh....
da terkantoi dengan security tup2 terus kata di paksa... hahahhahaha....
Quote Firenzza 13-10-2023 03:30 PM
Aku ingat kt Thailand tu mana2 blh toron...... hnya kt msia lewat ni x blh dikaco
Quote shamsadis 13-10-2023 03:41 PM
buat malu orang Islam
Quote Jitu 13-10-2023 05:53 PM
belum terbukti bersalah lg kan
entah betul ke tak
Quote Perils 14-10-2023 07:21 PM
shamsadis replied at 13-10-2023 03:41 PM
buat malu orang Islam

Confirm islam ke dia tu, sister cikedis???
Quote Perils 14-10-2023 07:22 PM
Lemmahhnya mcm saipol kena "liwat" dedulu....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.071862 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top