MUAR – Seorang pekerja kampung ditahan polis selepas membelasah isterinya yang bertanya sebab dia pulang lewat ke rumah di kawasan Parit Jawa. Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi melibatkan suspek warganegara tempatan.
“Menurut laporan, isteri suspek telah bertanyakan kepada suspek mengenai kelewatan suspek pulang ke rumah dan selepas itu, secara tiba-tiba suspek telah memarahi dan meninggikan suara kepada mangsa supaya tidak masuk campur. “Suspek kemudiannya bertindak memukul isterinya dengan menendang pada bahagian belakang badan dan menumbuk pada bahagian lengan sebelah kiri. “Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas suspek berusia 34 tahun di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi tadi atas kejadian yang mendatangkan kecederaan terhadap isterinya,” katanya kepada Kosmo.
Tambah Raiz Mukhliz, mengikut laporan dan siasatan suspek telah beberapa kali memukul isterinya sebelum ini dan mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. “Ujian air kencing suspek adalah negatif dan suspek di tahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Oktober,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
nurul_akmar replied at 12-10-2023 05:28 PM
kalau tanya p mana pon x boleh, pisah je la
balakkampung replied at 15-10-2023 02:39 PM
masyarakat malaysia lebih rela dipukul di dera suami atau isteri, asalkan berkahwin. jgn jadi andar ...
ADVERTISEMENT