CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keluarga Bergaduh Di Media Sosial Nampak Bodoh Sangat- Azhar Sulaiman

12-10-2023 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8458| Komen: 73

Azhar Sulaiman hairan sungguh dengan perangai orang yang suka membuka pekung dan bercerita mengenai aib keluarga sendiri di media sosial.

Katanya masalah sesama keluarga sepatutnya diselesaikan secara dalaman dan tidak seharusnya diperbesar sehingga pengetahuan orang luar.


Foto: IG

“Bila tengok sesebuah keluarga berperang sesama sendiri di media social, terlintas di kepala saya, diorang ni semua dapat payment ke daripada siapa-siapa untuk beri ‘drama’ kepada netizen?,” tulisnya di Instagram.

Pada masa sama, Azhar turut berharap agar isteri dan anak-anaknya dapat bersikap lebih matang untuk menguruskan apa sahaja permasalahan di dalam keluarga.



“Semoga Allah akan sentiasa menjaga kewarasan saya, isteri dan anak anak. Dengan cara ini, kita hanya menyakiti sesama sendiri.

“Nanti nak kena tunggu berapa kali Hari Raya baru nak berjumpa nangis-nangis dan bermaafan?

“Kenapa tak pilih cara selamat. Jangan bergaduh di media sosial sebab ianya bodoh sangat,” kongsinya lagi.


Pada masa masa, Azhar turut berharap agar hantarannya itu dapat memberikan kesedaran buat keluarga yang sedang mengalami masalah.

“Saya berharap agar posting saya ini akan buat mereka tersentak dan kembali tenang serta berfikir secara baik semula. Ini bakar kelambu ni,” ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga keluarga yang berdepan masalah ditunjukkan jalan penyelesaian.



“Betul. Nampak sangat bodoh. Air dicincang tidak akan putus.

“Memang setuju dengan Abang Azhar. Takut tak sempat tunggu raya untuk bermaafan.

“Betul sangat. Air yang dicincang tidak akan putus. Adik beradik dan ibu bapa kita yang lebih penting berbanding orang lain. Bukan orang luar.

“Well said, Abang Azhar,” antara komen-komen netizen di Instagram.



Sekadar informasi, Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1995.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin serta Kasih Iris Leona. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurul8001 12-10-2023 04:04 PM
Syukur keluarga saya ok2 je. Masing2 tahu hormat hak dan harta benda masing2. Kalau nak pinjam baju, minta izin sebelum sarung.

Kalau adik beradik saya jenis tak boleh bawak bincang, adik kerja nak menindas kakak, agaknya bertitik titik saya buat status what's app
Quote sayurmayur88 12-10-2023 04:18 PM
ujian masing2.....
Quote Sazreena 12-10-2023 04:26 PM
Kakak dah pesan tapi adiknya gigih dok merentan meroyan.
Quote rainbowrainz 12-10-2023 04:28 PM
Dia ni dah kenapa ye...semak dan bz body btl Hal org lain..ko jaga jelah anak kau yang macam apa tu...sebokkkk jeee org tua ni
Quote newyork 12-10-2023 04:31 PM
betul la art leman ckap tu..
Quote IvyGorgon 12-10-2023 04:31 PM
I setuju dgn mami, sungguh tak cerdik sekeluarga gaduh kat socmed. So lowwww ppl
Quote Carcosa 12-10-2023 04:39 PM
Gambo picnic kat atas tu mcm 2 keluarga tgh get together. Si kurus tu satu family dgn si Azhar.
Si Cempaka satu famili dgn Leona.
Si kembo Leona tu exchange student dari oversea. Sebab dia sorang je yg helok d gambo ni
Quote melinda_kerr 12-10-2023 04:40 PM
once ketua keluarga dah fail tgkla family pun berantakan.. masing2 selama ni duk simpan nk meletop jer.. dlm kes ni aku kesian gila kt shahila..dahla die yg mencari duit untuk kesenangan semua, mcm tu je family die buat die...
Quote noor2 12-10-2023 04:41 PM
Jgn cakap beso....tup2 nanti tuhan uji ko dgn masalah family...haaa baru tau...
Quote noell 12-10-2023 04:43 PM
harap mami dpt mintak tips dr cepwan utk dpt muka yg tegang & glowing
Quote cik_ingeniare 12-10-2023 05:03 PM
ujian orang lain lain behar. doa je yang baik baik untuk keluarga awok
Quote intan244 12-10-2023 05:31 PM
bukan ke ritu dia bodohkan anak dia kat socmed pastu kena kecam tu. lupa ee pakcik?
Quote neve4881 12-10-2023 05:33 PM
bile je famili ni nmpk pandai?
Quote BarbiePink 12-10-2023 05:34 PM
Hidup uols belum diuji
Usah ler cakap besar sgt
Bila2 masa bumi tuh bulat
Bila kena Batang hidung
Tau ler langgit tuh Tinggi ke rendah
Quote irvene 12-10-2023 05:41 PM
ok si kecut ni dah masuk campur. jp lagi nk tunggu si topi nasik lak.
Quote I.K.A888990 12-10-2023 05:54 PM
amboi acikk
jgn nnt hang yg nombor syatuuuu up sana sini bila jadi apa2 nnt....
Quote kepompong 12-10-2023 05:58 PM
melinda_kerr replied at 12-10-2023 04:40 PM
once ketua keluarga dah fail tgkla family pun berantakan.. masing2 selama ni duk simpan nk meletop j ...

sbnrnya boleh je nak fix ketua keluarga yg fail. .. contoh hb i..dulu fail teruk.. skrg best je ...  hidup kan ujian & setiap hari kita baru nak belajar benda yg kita baru tahu. tapi kalau ego lagi penting dari segala-galanya .. mmg habis la.. ego & riak tu maksud lebih kurang sama je.. riak tu syirik kecik

#donesetajahjadian
Quote Atata 12-10-2023 06:02 PM
rainbowrainz replied at 12-10-2023 04:28 PM
Dia ni dah kenapa ye...semak dan bz body btl Hal org lain..ko jaga jelah anak kau yang macam apa tu. ...

Entahhhhh.. penyebok.
Quote naina 12-10-2023 06:38 PM
Sebab adik2 Shila bodohlah Dorang tergamak bergaduh londehkan kat media sosial. Kalau cerdik takda buat.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.051088 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top