CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Campak Batu Dan Basikal Dari Tingkat Atas Rumah, 2 Budak Dicekup Polis

12-10-2023 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3603| Komen: 43

Dua kanak-kanak disiasat polis selepas didakwa membaling basikal dan objek berbentuk bata dari atas tembok blok Lembaga Perumahan di Blok 244 Ang Mo Kio Avenue 1, Singapura.

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang kanak-kanak lelaki dilihat mencampakkan objek itu ke bawah sambil disaksikan seorang lagi budak perempuan.


Dalam pada itu, dia kemudiannya dilihat turut membaling sebuah basikal kecil ke bawah.



Jurucakap polis pada Rabu berkata, laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Insiden itu berlaku pada pukul 1.36 tengah hari Selasa berdasarkan catatan masa pada video kamera litar tertutup (CCTV) terbabit.

Shin Min Daily News melaporkan, ibu bapa kanak-kanak itu telah meminta maaf kepada pemilik basikal berkenaan dan difahamkan turut menawarkan pampasan wang sebagai ganti rugi.



Jurucakap Majlis Perbandaran (AMKTC) Ang Mo Kio yang menguruskan kawasan kejiranan di blok itu berkata, pihaknya menyedari kejadian itu dan basikal tersebut telah dialihkan oleh pekerja pembersihan.

"Kami telah menghubungi polis mengenai perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.

"AMKTC akan terus mendidik dan mengingatkan penduduk supaya sentiasa menjaga kediaman serta persekitaran mereka demi kepentingan keselamatan awam untuk semua penduduk," katanya. — CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 12-10-2023 10:35 AM
Bodonya. Kalau kena bata and bicycle tu atas orang? PPRT mentality sama je mana2. Walaupun di first world country
Quote mejaputih 12-10-2023 10:48 AM
biar budak2 tu merasa duk lokap...
Quote margo20 12-10-2023 10:50 AM
Kikiki terpaling first world country
Quote tri-max 12-10-2023 11:01 AM
kecik2 campak beskal
da besar campak kawan pulak
Quote Jajabeans 12-10-2023 11:03 AM
Budak cmni xleh dibiar. Besar2 esok jadi pembuli terpaling gangster
Quote Burong_Hantuk 12-10-2023 11:28 AM
budak2 flat yg otaknya terencat
Quote Firenzza 12-10-2023 11:41 AM
Nanti ada la yg backup...."alaaa bebudak apa tau x pe la menda kecik"
Quote SalenaGomez 12-10-2023 11:47 AM
mejaputih replied at 12-10-2023 10:48 AM
biar budak2 tu merasa duk lokap...

Mak ayah la yang kena…budak2 bawah umur . Masih umur minor
Quote mejaputih 12-10-2023 11:49 AM
SalenaGomez replied at 12-10-2023 11:47 AM
Mak ayah la yang kena…budak2 bawah umur . Masih umur minor

sorry iols silap baca pula...kena soal siasat la kan...harap dorg takut dan insaf lps kena soal siasat tu...
Quote SalenaGomez 12-10-2023 11:53 AM
mejaputih replied at 12-10-2023 11:49 AM
sorry iols silap baca pula...kena soal siasat la kan...harap dorg takut dan insaf lps kena soal si ...

Kat singapore yakin juga perlaksaan undang2 tu

Kat malaysia kes budak bawah umur bawa motor n sepatutnya ibu bapa yg kena tindakan. Yg ini x tau Malaysia implement ke x atau sekadar atas kertas je
Quote AbukRokok 12-10-2023 11:55 AM
anak2 saitan
Quote noor2 12-10-2023 11:55 AM
Jahat2 org Singapore ni punya hati
Quote mejaputih 12-10-2023 11:55 AM
SalenaGomez replied at 12-10-2023 11:53 AM
Kat singapore yakin juga perlaksaan undang2 tu

Kat malaysia kes budak bawah umur bawa motor n sep ...

i doubt it...
peringatan juga kat iols sbgi parents berusaha utk didik dan tegas dgn anak2...
Quote antikorok 12-10-2023 12:10 PM
Ummah feswerlkantri katanyehhhh. Mcm takde beza pung hauknyer dgn ummah tanah ayer yg dikutok2 donia kelas ketiga yinni
Quote A-Are 12-10-2023 12:25 PM
Ni yg takut dok rumah flat style ada balkoni nih....
Quote supernaturalee 12-10-2023 12:28 PM
yg kakak tu 2 ke 3x die tgk arah cctv
she knows ada cctv duk merakam
mcm mencabar kan

nk kena kaunseling 2-2 nangoi ni

Quote honeybee1802 12-10-2023 12:38 PM
At least kt singapore penguatkuasaan strict...underage buat dajal takde la polis biar...kt sini2 tau2 koyak paler...
Quote Samerosie 12-10-2023 12:39 PM
Dulu masa single menyewa kat satu condo kat Damansara.  satu hari tengah lepak tiba2 macam benda jatuh kat tingkap, ingat daun dari pokok ke burung ke, sekali lagi bunyi benda macam pecah.  Tengok kat tingkap ada 2 phone tersidai kat window ledge.  Iols tingkat dua time tu tiba2 dengar bising2 kat bwh macam orang cari something.  Tegur tanya cari apa, dia cakap cucu dia buang handphone luar tingkap.  Iols kata ada ni jatuh kat window ledge saya, tapi dah bersepai lah.
Quote venom1 12-10-2023 02:43 PM
kalau ada yang mati kat bawah tu kena timpa basikal macamana?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.223670 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top