Adik lelaki Shila Amzah mendakwa mereka hanya tahu mengenai kehadiran seorang individu untuk menilai banglo milik penyanyi itu pada saat akhir. Kata Amir, ibu mereka iaitu Fauziah Sarman meminta diberikan sedikit masa bagi membersihkan rumah kerana berasa segan dengan individu tersebut memandangkan keadaan kediaman itu bersepah.
"Semalam (Selasa) ada orang pagi-pagi nak datang rumah, Shila telefon mak beritahu ada orang datang nak buat penilaian rumah. "Orang itu sudah sampai depan rumah, baru dia nak beritahu. Rumah tidaklah bersepah sangat tapi kotor sikit disebabkan kami ada 40 ekor kucing. "Mak minta Shila untuk tangguhkan sekejap dalam satu ke dua jam dan datang semula sebab nak kemas rumah terlebih dahulu... malulah orang datang rumah kotor," katanya menerusi Live. Dalam pada itu, Syafiq mendakwa permintaan Fauziah itu tidak diendahkan Shila dia didakwa menghina ibu mereka. Shila turut datang ke rumah sebelum bertindak menendang pintu banglo tersebut sebelum menengking ibu mereka.
|
caprisonne replied at 12-10-2023 09:22 AM
So, apa2 post mak Shila kt ig ni semua kira fake la kan..
Dahsyat ya si capik ni berusaha memburukk ...
beautifulorchid replied at 12-10-2023 09:22 AM
40 ekor kucing, ya allah aku boleh banyangkan betapa busuknye rumah besau tu...dengan rumah bersepah ...
ADVERTISEMENT