CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kena Tangkap, Tak Sempat Proses 55Kg Daun Ketum

12-10-2023 08:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 730| Komen: 0

Bachok: Seorang lelaki tidak sempat memproses sebanyak 55.7 kilogram (kg) daun ketum apabila dicekup semasa berada di sebuah rumah di Kampung Permatang Machang, Jelawat di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 petang itu, polis turut merampas sebanyak 97 liter air ketum dengan keseluruhan rampasan kedua-dua bahan tersebut bernilai RM1,527.



Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, semasa serbuan dijalankan, suspek yang berada di dalam rumah itu cuba melarikan diri ke
belakang rumah.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan berlaku pergelutan antara suspek dan polis sebelum dia berjaya ditahan.

“Pemeriksaan di kawasan rumah tersebut menjumpai 55.7 kg daun ketum dan 97 liter air ketum.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod lampau berkait Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamad Ismail memberitahu, suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.027504 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top