CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Cekup Lelaki Leka Bungkus Syabu Di Ruang Tamu

12-10-2023 08:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 732| Komen: 0

Tawau: Seorang lelaki berusia 42 tahun yang leka membungkus dadah berjaya ditahan polis di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas pada jam 1 tengah hari.

Lelaki warga asing itu dipercayai pengedar dadah ditahan bersama syabu seberat lebih tiga kilogram (kg) bernilai RM180, 000



Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan untuk melakukan risikan dan serbuan ke atas rumah berkenaan sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

“Ketika serbuan, suspek yang berada di dalam rumah bertindak agresif dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap.

“Siasatan awal mendapati, lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan serbuan menemukan tiga bungkusan disyaki syabu seberat 3,096.56 gram di ruang tamu rumah berkenaan. Turut ditemukan beberapa peralatan yang digunakan untuk membungkus syabu sebelum dijual kepada penagih.


“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 17 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, Jasmin berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya membuka 19 kes kertas siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 melibatkan 30 tangkapan dan rampasan dadah berjumlah 34,875.69 gram.

“IPD Tawau juga telah mengaktifkan risikan dan serbuan untuk mengesan kes serta rangkaian dadah berskala besar di daerah ini,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.025302 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top