CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Jadi Batu Api - Michael Ang

12-10-2023 12:03 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2249| Komen: 15

Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyifatkan Caprice seakan tidak faham maksud sebenar yang cuba disampaikan menerusi hantaran di media sosial berhubung kelantangannya menghentam rejim zionis tersebut.


Susulan itu, Michael memberi amaran kepada selebriti media sosial popular, Caprice, supaya berhenti menjadi batu api selain mengakui dia tidak pernah menyokong kezaliman yang dilakukan oleh tentera Israel.


Tegas Michael, dia hanya berharap supaya dunia tidak wujud peperangan dan mencintai keamanan.



“Kepada Caprice, sebelum kau nak jadi batu api supaya satu Malaysia hentam aku macam mana kau buat pada orang lain, sila hadam ni ya! Aku tak pernah sokong Israel! 


“Dari tahun 2021 aku dah hentam perbuatan Israel (sila tengok post lama aku yang aku sertakan)  Bila baca dan tak faham inilah masalahnya! 


“Aku cuba sampaikan yang aku tak suka perang dan nak keamanan. Kepada netizen-netizen yang menghentam aku tadi, apa yang boleh saya katakan, Amin,”katanya.


Michael berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram hari ini bagi membalas sindiran yang dibuat Caprice di akaunnya sebelum itu.


Tambah Michael, dia bukan seorang individu yang gemar memutar belit akan sesuatu perkara dan sentiasa teguh dengan prinsip diri.


“Aku bukan jenis spin cerita. Dari dulu sampai sekarang pendirian aku sama dan tak berubah! Saya bencikan peperagan dan hanya mahukan keamanan tetapi itu tidak bermaksud saya seorang yang menyokong Israel.


“Jadi kepada netizen yang menyumpah dan memaki aku, sila hadam ini ya,”katanya.


Hantaran Michael itu kemudiannya mendapat respons daripada Caprice yang meninggalkan pandangan di ruangan komen.


“Ini bukan batu api abang, tetapi ini dipanggil belajar sejarah dulu. Insya-Allah,”katanya.


‘Perbalahan’ antara Michael dan Caprice tersebut turut mendapat perhatian netizen yang menyaksikan masing-masing tampil mengeluarkan pandangan sendiri berhubung konflik yang berlaku di Gaza, Palestin, kini.



Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 12-10-2023 08:42 AM
topi nasi biasa lahhh... nasi tambah....
Quote Burong_Hantuk 12-10-2023 08:46 AM
Dua2 ekor nih aku x berkenan!!
Quote ctnorenjoy 12-10-2023 08:55 AM
masa perang sebelum ni pun mike ade berbunyi, maksud dia lebih kurang macamni, daripada derma kat palestin, lagi elok derma kt negara sendiri. ramai lagi orang susah yg patut ditolong. iols terus unfollow mike.

dia macamni la, kalau non muslim berkait dengan humanity. tapi kalau kita muslim, takde sikit pun rasa terkesan & rasa nak mmbantu dgn apa yg jadi kt palestin, memang kena belajar lagi. banyakkan membaca. mike ni mualaf mungkin dia xberapa tahu. topi nasi yg serba tau ni patut bantu, bkn jadi batu api.
Quote Kepot 12-10-2023 09:01 AM
beras dah mahal topi tetap murah.
Quote LadyCarefree 12-10-2023 09:29 AM
ctnorenjoy replied at 12-10-2023 07:55 AM
masa perang sebelum ni pun mike ade berbunyi, maksud dia lebih kurang macamni, daripada derma kat pa ...

Laaaaa gitu pulak. xboleh org lain nak ada pendapat berbeza? Dlm Islam pun ckp bagaimana turutan bantuan.
Quote kakasotong2 12-10-2023 09:33 AM
Dua2 makcik bawang sungguh aku xkenan. Elokla bergaduh sesama sendiri. Terpaling mengulas hal orang lain. Lagi sorang tu si budakijat pengarah/producer tersohor sama ja kaki bawang.
Quote ctnorenjoy 12-10-2023 10:33 AM
LadyCarefree replied at 12-10-2023 09:29 AM
Laaaaa gitu pulak. xboleh org lain nak ada pendapat berbeza? Dlm Islam pun ckp bagaimana turutan b ...

kalau dia rasa nak derma rm1 pun berat waktu tu, cukup doakan & cakap yg baik2. takde paksaan pun masa kutipan derma tu. yg menderma pun ikhlas, tak perlu nak pertikaikan.
Quote MissYouSayang 12-10-2023 10:40 AM
ctnorenjoy replied at 12-10-2023 08:55 AM
masa perang sebelum ni pun mike ade berbunyi, maksud dia lebih kurang macamni, daripada derma kat pa ...

Dalam socmed, yang selalu react emoji ketawa pasal palestin kena bunuh dgn israel tu pun ramai kaum bakuteh nokk ,hmm
Quote ctnorenjoy 12-10-2023 11:33 AM
MissYouSayang replied at 12-10-2023 10:40 AM
Dalam socmed, yang selalu react emoji ketawa pasal palestin kena bunuh dgn israel tu pun ramai kau ...

bila rasa hidup tu dah terlalu selesa + sejenis malas membaca.
Quote asimilasi 12-10-2023 11:53 AM
bagi iolssss.... kalu cinta keamanan di dunia means akhirat tu tak wujud la... syurga neraka tu ada sebab apa?? as a muslim mmg dunia ni tempat ujian... Allah SWT just need to filter siapa yang layak sebenarnya ke syurga.... tiberrr jadi setazah....
Quote LadyCarefree 12-10-2023 01:50 PM
ctnorenjoy replied at 12-10-2023 09:33 AM
kalau dia rasa nak derma rm1 pun berat waktu tu, cukup doakan & cakap yg baik2. takde paksaan pun  ...

Dia bukannya halang org derma. Dia suarakan pendapat dia. xde salahnya pun. iols memang dah lama stop derma ke palestin atau kemboja apa semua tu korbablah, quranlah, telagalah, whatever. Doakan pun tak. Cakap baik2 pun tak. Baca banyak dah pasal menipu je. Pilihan iols ialah bagi direct pd org2 yg iols tahu mereka deserve the help. Dedulu derma kat Mercy sbb paling telus dan volunteers pun kena bayar sendiri travel expenses.
Paling menyampah jenis kalau tak post psl palestin je maknanya tak cukup Islam. Macam bebaru ni hezman ke apa nama yg terpaling bijak dan perfect segala tu cakap kat post dia.
Quote LadyCarefree 12-10-2023 01:51 PM
asimilasi replied at 12-10-2023 10:53 AM
bagi iolssss.... kalu cinta keamanan di dunia means akhirat tu tak wujud la... syurga neraka tu ada  ...

Pulak dah. LOLLLLL Macam2. Hahahaha Dah kena gaduh dan perang je lah nak buktikan percayakan akhirat.
Quote ctnorenjoy 12-10-2023 03:27 PM
LadyCarefree replied at 12-10-2023 01:50 PM
Dia bukannya halang org derma. Dia suarakan pendapat dia. xde salahnya pun. iols memang dah lama s ...

berkiranya uols... doakan dlm hati xperlu tadah tangan pun tidak.
Quote LadyCarefree 12-10-2023 03:31 PM
Edited by LadyCarefree at 12-10-2023 02:39 PM
ctnorenjoy replied at 12-10-2023 02:27 PM
berkiranya uols... doakan dlm hati xperlu tadah tangan pun tidak.


Tak ada keperluan. iols pun xpernah minta doa dari sesiapa.
Quote asamfish 12-10-2023 06:35 PM
LadyCarefree replied at 12-10-2023 01:50 PM
Dia bukannya halang org derma. Dia suarakan pendapat dia. xde salahnya pun. iols memang dah lama s ...

betul!  itu pendapat dia...dia cuma bagi pendapat dia...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.138334 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top