CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 20 Lagi Rakyat Malaysia Terperangkap Di Myanmar

11-10-2023 10:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 497| Komen: 0

Sepang: Seorang wanita tempatan yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar mendakwa sekitar 20 orang lagi rakyat Malaysia terperangkap di negara itu.

Wanita berusia 40 tahun berasal dari Kota Belud, Sabah itu mendakwa rakyat tempatan itu kini sedang menanti untuk diselamatkan.


Wanita yang dikenali Chiko dibawa pulang selepas diselamatkan daripada sindiket Love Scam di Myanmar ketika tiba di KLIA tadi. - GAMBAR : FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Wanita itu yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) hari ini berkata, dia terperangkap di negara itu sejak 14 bulan yang lalu selepas terpedaya dengan tawaran kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan.

“Saya diperkenalkan oleh seorang rakan untuk bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di Bangkok, Thailand dengan tawaran gaji yang lumayan.


“Selepas tiba di Bangkok, saya kemudian di bawa ke Myawaddy, Myanmar dan dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ oleh sindiket berkenaan.

“Saya hanya dibayar gaji dua bulan pertama sahaja selain dibenarkan menghubungi keluarga dua kali sebulan. Selain itu, telefon bimbit dan pasport saya juga dipegang oleh sindiket,” katanya di sini tadi.

Katanya yang pernah diseksa menggunakan alat genjatan elektrik, ahli keluarganya juga sudah berhabis RM20,000 sebagai wang tebusan untuk membebaskannya sebelum ini, namun sindiket kemudian meminta jumlah wang tebusan lagi besar.

Jelasnya lagi, dia menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan menerusi laman sosial terutama yang menawarkan gaji lumayan.

Selain itu, katanya, mangsa sindiket terutama beragama Islam turut disajikan dengan makanan tidak halal termasuk daging babi. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.037692 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top