Mia Sara Shauki sebelum ini berkongsi pengalaman pernah berhadapan dengan gangguan seksual berkali-kali termasuklah pernah diraba oleh individu tidak bertanggungjawab. “Saya berada dalam beberapa produksi termasuklah filem, televisyen dan teater. Ada beberapa produksi sepanjang bekerja saya memang akan rasa tidak selesa dan pernah diraba.
“Saya pergi ke sesi terapi dan dapatkan bantuan agar saya boleh memahami apa yang saya lalui ini dengan lebih baik. Namun ia tidak mudah. “Hari ini keadaan saya lebih baik, tidak takut kepada lelaki mahupun perempuan kerana saya pernah menerima gangguan seksual daripada kedua-dua jantina. Setiap orang ada caranya sendiri untuk berhadapan dengan trauma dan sangat normal jika seseorang memilih cara tersendiri untuk melindungi dirinya,” katanya kepada Utusan.
|
ADVERTISEMENT