CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Harap Bella Astillah Teman Di Konsert Tiap-Tiap Minggu

11-10-2023 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2771| Komen: 8

Aliff Aziz seronok apabila isterinya, Bella Astillah hadir ke konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) Ahad lalu.

Katanya kehadiran Bella pada hari tersebut seperti meledakkan lagi semangat juangnya untuk terus bersaing di pentas GV10.


Foto: IG

“Ini kali pertama dia hadir (minggu lalu) sebab jadual kerjanya sangat padat.

“Apabila dia hadir ke belakang pentas dan beri semangat, itu sangat membantu saya secara keseluruhan. Sebenarnya itu yang selalu dia buat sejak GV8,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengakui kehadiran Bella mencetuskan semangat berbeza, bekas juara GV8 itu sentiasa berharap isterinya akan muncul di setiap konsert mingguan GV10 selepas ini.



“Perasaan memang lain bila dia hadir. Beberapa minggu sebelum ini saya lihat Hady Mirza dan Ayai Ilusi ditemani isteri masing-masing.

“Tidaklah cemburu tetapi momen sebegitulah yang saya lalui pada GV8 (ditemani Bella).

“Bila dia hadir minggu ini (Ahad lalu), saya rasa akhirnya! Malah terdetik dalam hati ‘saya pun ada! (isteri menemani).



“Saya juga harap dia akan teman setiap minggu selepas ini, insya-Allah. Dia pun ada maklumkan, jika tiada kekangan kerja, dia pasti akan hadir,” ujarnya.

Sejak kelmarin, nama Aliff dan Bella hangat menjadi bahan bualan ramai selepas aktres Sophia Albarakbah muncul di konsert GV10 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA pada Ahad lalu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kentot_Wangi 11-10-2023 06:54 PM
Mmg la dia mesti hadir. Nt peah dtg, dia xda.. Mau mende plak statement kuar dr bini kau yg ala2 selena gomez msia tu. Hahaha..
Quote gold_teeth 11-10-2023 07:07 PM
Yawn.boringggg, ko fokus jela GV tu
Quote likilu 11-10-2023 07:08 PM
Kalau tak kena ban dgn organiser la
Quote stingergrumpy 12-10-2023 05:54 AM
Nak curang bukan sebab minik membontoti tiap minggu ler ngok....

Kalo nak quickie jumpa kt tandas pun boleh per?

Kahkahkahkahkah
Quote LadyCarefree 12-10-2023 07:08 AM
Statement yg direka dan diajar oleh Nabelah kah? Statement nak redakan ledakan dan royanan bini?
Quote cm_vungtau 12-10-2023 07:09 AM
Harap dia duduk kat pintu gv check guest list. Sebab kalau tak kasi dia guest list pun dia akan check juga
Quote Burong_Hantuk 12-10-2023 09:59 AM
ewwww....boring
Quote mrsLucky 12-10-2023 03:16 PM
Edited by mrsLucky at 12-10-2023 09:42 PM

I feel Bella ni cam his lucky charm. Dia dah nobody,  bila kawin Bella dia naik...bila buat perangai dan bercerai dia jatuh terduduk sampai mencuri.. bila Bella ambil dia balik..dia naik balik dan rezeki melimpah..ramai maafkan onar yang dia buat sebab dia kacak kot.

Jangan cari pasal nak curang dengan Bella lagi Alif. Nanti jatuh terduduk balik. Walaupun Piah tu montok dan dah jatuh cinta dengan you. Kuatkan semangat you lol

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.041599 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top