KUALA TERENGGANU – Seorang pengutip barang terpakai bertindak biadab dengan membakar naskhah al-Quran dan sejadah pada empat bulan lalu berbalas apabila dia dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen.
Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohd. Ridzuan Mohd. Kamal, 33, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kerosakan harta milik sebuah masjid iaitu empat naskah al-Quran dan tiga helai sejadah. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan bersebelahan sebuah pusat hemodialisis di Kampung Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus pada pukul 10.30 pagi, 12 Jun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Najmi Adila Mohd. Nasir yang mewakili Mohd. Ridzuan dalam rayuannya memohon agar hukuma terhadap anak guamnya diringankan berdasarkan laporan psikiatri dari Hospital Permai, Johor Bahru menunjukkan tertuduh menghidap skizofrenia. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim. – CARI Sumber:Kosmo
|
ADVERTISEMENT