CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Mahir Tak Izin Ikat Peranakan, Ayda Jebat Menangis

11-10-2023 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6672| Komen: 41

Ayda Jebat menangis selepas suaminya, Nabil Mahir tidak mengizinkan dirinya untuk melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’.

Menerusi perkongsian seorang individu yang dimuat naik semula oleh Ayda di Instagram memberitahu ada mendengar temu bual Ayda di sebuah stesen radio.


Foto: IG

Malah, dia turut menangis mendengar jawapan Nabil berkenaan isu ikat peranakan tersebut.

“Tengah drive tadi dengar #MorningMorningSuria artis jemputan Ayda Jebat. Cerita tentang Ayda then isu pregnant. Mula-mula semua ketawa-ketawa.



“Ayda cerita dia dah dapat sepasang (cahaya mata), czer tapi Nabil Mahir tak bagi Ayda ikat. Semua macam ‘Dia nak anak lagi ke?’. Lepastu Ayda terdiam.

“Rupanya Ayda nangis. I terus park kereta sama-sama ternangis dengar jawapan Nabil Mahir,” katanya.


Menurut Nabil, dia tiada masalah untuk Ayda berkahwin lagi sekiranya dia sudah meninggal dunia dan memikirkan suaminya nanti pasti ingin mempunyai zuriat bersama.

“Nanti kalau I takde, you kahwin lain. Mana tahu suami you nak anak dengan you,” ujar Nabil.


Untuk rekod, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata Ana Nayla, 2, dan bakal melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 11-10-2023 02:33 PM
ikat dlu bukak kemudian kalau dh mati...blh enggak?
Quote putericahaya999 11-10-2023 02:34 PM
Bgs nya laki dia
Quote likilu 11-10-2023 02:37 PM
Awal awal dulu dah ada agreement untuk jadi sacrifice ke

Quote alieyrina 11-10-2023 02:41 PM
Haritu kata nak ramai sepasukan bola sepak. Ni kalut nak ikat peranakan
Quote Glass_shoes 11-10-2023 03:01 PM
Tok mal x berfikiran begini
Quote sayurmayur88 11-10-2023 03:04 PM
alieyrina replied at 11-10-2023 02:41 PM
Haritu kata nak ramai sepasukan bola sepak. Ni kalut nak ikat peranakan

khueeennssss
Quote lanacondor 11-10-2023 03:04 PM
Bagus laki dia pikir jauh.. bersyukur la dpt suami mcm tu aida oii
Quote shark_eow7 11-10-2023 03:05 PM
last prgnancy waktu 3rd czer dah sign pon borang utk BTL . tp dr cakap dalam masih okey & muda. so lepas 8 tahun tibe mengandung pulak. time check up dr tanya u prgnant dengan suami baru ke..
Quote dewi_rina 11-10-2023 03:08 PM
Choi aida mat aris, masa belum ada anak kata nak 13.. Ni baru nak masuk 2 dah nak ikat peranakan

Belah jelah perut ko 13 kali..
Quote dewi_rina 11-10-2023 03:14 PM
Jap iols masa bebal bab gender reveal tu, parents mmg tak tahu ke anak dia laki ke pempuan? Kalau guest tu i paham la suprise kan.. Tapi ni mak ayah pun beria sama taktahu anak ko laki ke pempuan tak ke pelik tu..

Gosh laki si aida dah nampak bulat bulat katik mcm jah
Quote Chah21 11-10-2023 11:46 PM
edayildiz: ikat dlu bukak kemudian kalau  ...

Adui sakit brgnda.. pastu ada risiko ectopic.. sakit je x pasal2
Quote hanamunir 12-10-2023 02:16 AM
dewi_rina replied at 11-10-2023 03:14 PM
Jap iols masa bebal bab gender reveal tu, parents mmg tak tahu ke anak dia laki ke pempuan? Kalau gu ...

chuolss, begini haha..
kalau nak buat gender reveal, biasa nye awal2 dah kawtim dgn doctor, time check or scan tu jangan tnjuk gender to us the parents..
if kebetulan terscan ke apa, cepat2 la doctor alih kan or cover..
then, doc buat report yang confirm kan, this baby is he or she, terus masuk envelope then seal..
lepas tu, parents ni pass la the report or doc's letter to the family ke or cake baker ke or event organiser kerrr..
so orang yg da tau ni, keep the secret sampai the dayy lerrr..
Quote hudalarva 12-10-2023 02:58 AM
Ikat peranakan saja2 tu hukumnya haram is it?
Quote ..nOWa.. 12-10-2023 09:10 AM
dah kenapa nak ikat2? banyak lagi kaedah merancang keluarga yg lain
Quote mawarkhayalan99 12-10-2023 09:17 AM
dulu kemain mengeletis nak anak ramai pastu tok laki tak bagi ikat yg ko nak nangis napeee ekkkkk
Quote sarukhan 12-10-2023 09:28 AM
Xya ikat peranakan ayda. Ikat peranakan kau jelah kalau nak. Lelaki pon bole ikat & buka semula kan. Ayda tu muda lagi. (Done komen tanpa baca artikel)
Quote brown_pupil 12-10-2023 09:38 AM
edayildiz replied at 11-10-2023 02:33 PM
ikat dlu bukak kemudian kalau dh mati...blh enggak?

not that easy.. sebab doc biasanya terus ikat masa tgh czer tu.
Quote ally9970 12-10-2023 09:44 AM
Dah 7-8 orang anak ke dorang ni, dok cerita ikat peranakan bagai?
Quote Suchi 12-10-2023 09:50 AM
Dah napa nak ikat? Bini ada masalah kesihatan kronik ke? Sakit jantung?

Kalau takda biarlah dulu, nnt doc yg akan tgk cemana keadaan peranakkan tu biasanya kalau baru 2 kali tak lunyai lagi lain la dah 4 kali ke apa.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041873 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top