CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sah,Kali Ini Betul-Betul Elly Mazlein Tarik Diri Jadi Pengacara All Stars Gegar Vaganza

11-10-2023 02:18 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9298| Komen: 70|Original author: Saiful

Elly Mazlein  sudah tidak lagi terlibat dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV)selepas tiga minggu mengendalikan rancangan tersebut.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu Raqim Ahmad memberitahu Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom membuat keputusan mengundurkan diri atas sebab-sebab peribadi.


Foto: IG

"Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

"Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang," katanya.



Elly juga mengucapkan penghargaan buat peminat yang telah banyak memberi sokongan terhadapnya sepanjang mengendalikan program tersebut.

Di IG, Elly hanya memuat naik kata maaf tanpa sebarang kenyataan lanjut.


"Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya saya amat menghargai," ujarnya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adra5028 11-10-2023 02:21 PM
elok la..Jihan Musa pun da cukup da..
Quote missmeornot 11-10-2023 02:23 PM
iolss rasa kak lina ni pregnant..sbb aritu mcm nampak babybump
Quote Hypothetically 11-10-2023 02:24 PM
Ok elly thank u for yr effort and good luck in yr future endeavours.
Quote alesandra 11-10-2023 02:25 PM
Aku okey je kepom.xde kepom pun meleret habis sampai pukul 12 gak.harap juri masked singer dia ada laa .dia ngan didie ok
Quote Tunan 11-10-2023 02:26 PM
Nmpk artis yg jd haters jihan nabil komen.. hahahaa
Quote Komenga 11-10-2023 02:27 PM
Rasanya sebab dia pregnant. I pun risau tengok dia lari lari atas stage tu kalau betul pregnant.
Quote kaseh80 11-10-2023 02:29 PM
Three's a crowd
Kena ckp ikut turn
Anyway in pertandingan nyanyian bukan
Host
Quote lopalopa 11-10-2023 02:33 PM
Aku pn rasa dia preggy, obvious sgt masa pakai gold dress tu
Quote Janetnasuha 11-10-2023 02:34 PM
"....personaliti yang disayangi ramai"

HAHAHA. PERASAN
Quote zehra2 11-10-2023 02:34 PM
kalo pregnant, Alhamdulillah
Quote pavlovachoc 11-10-2023 02:49 PM
Aku pun rasa dia pregnant..
Quote matseh 11-10-2023 02:51 PM
Bila pula Astro nak buat program Pengacara Bergegar.
Semua yg pernah jadi host, MC VJ DJ boleh bertanding. Lps tu panggil penyanyi, public  pulak jadi juri.
Quote MissYouSayang 11-10-2023 02:59 PM
Netizen la ni. Aku suka je tgk dia jadi cikki birah ataih pentas tu.
Quote shahima99 11-10-2023 03:02 PM
hmmm ..ok la tu..rasa ramai yg bertepukkkk.. me pun salah sorang kureng dgn dia..
Quote minahmanja 11-10-2023 03:08 PM
OK je dia mggu lepas .. tkde pun buat perangai gila2 dia tu ..
Quote markonahlah 11-10-2023 03:09 PM
Pregnant kot
Quote I.K.A888990 11-10-2023 03:10 PM
pregnant ke?
wah alhamdulillah tahniah tahniah
Quote dewi_rina 11-10-2023 03:18 PM
Ura-ura mengatakan sheols preggy, betul lah tu agaknya..Sheols ni asal minggu duet je tarik diri, dulu masa gv3 pun tarik diri
Quote KamikuP 11-10-2023 03:25 PM
Kak Lina nak jadi penonton kott.. minggu ni kan semua artis top berkuntum kat GV, rancangan lain seperti Family Duo sapa le yg tengok khuenzzz.. karat tokti kot tengok... ekekekekekekek

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055259 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top