Seorang pekerja housekeeping mengeluarkan kata-kata sinis selepas melihat sebuah rumah yang ditinggalkan kotor oleh penyewa yang didakwanya merupakan 'orang kaya'. "Benarlah, duit tak mampu beli kelas," katanya.
Bekerja secara sambilan, wanita itu bagaimanapun sudah lali dengan sikap pengunjung yang tidak reti menggunakan kemudahan penginapan dengan baik. "Sebab ni la saya ada trust issue (masalah kepercayaan) dengan orang yang suka bercantik-cantik bermekap bagai apabila keluar. Tak semua tapi kebanyakan begitulah. "Saya buat kerja housekeeping tempat percutian dalam kampung ni. Harga sewa satu malam hampir RM5,000. Jadi, kebanyakan tetamu memang orang berduit dan berada la. "Sepanjang saya bekerja, memang nampak jurang yang ketara orang yang betul-betul kaya dengan orang baru nak merasa kaya ni," tulisnya di Facebook.
Wanita tersebut menyedari pelbagai kerenah tetamu setiap kali melihat keadaan bilik atau rumah yang dibiarkan kotor dan bersepah. Menurutnya, terdapat cara untuk mengenal pasti bilik yang digunakan pengunjung itu sememangnya kaya atau sekadar 'acah-acah berduit'. "Orang yang betul-betul kaya, datang memang untuk bersantai. Gunakan ruang seminimum mungkin dan juga akan memastikan ruangan tu kemas dan bersih sebelum balik. "Yang acah-acah kaya ni dan wajah bermekap tebal dengan bulu mata bagaikan payung bazar Ramadan, memang tinggalkan bilik betul-betul layan kita macam tukang kemas. "Dengan tisu lap bibir merah bekas mekap, kanta lekap warna cheetah yang dah kering melengkung atas meja mekap, bulu mata palsu putus separuh, pembungkus makanan, resit barang shopping, dan ada juga pembalut panty liner (pelapik seluar) terselit di celah katil," ujarnya. Wanita berkenaan turut memuat naik foto keadaan di sebuah bilik yang menunjukkan sudut katil yang dilonggokkan segumpal tisu beserta panty liner yang telah digunakan. "Yang jenis suka ambil barang pun tak kurang juga. Tisu tandas yang baru topup dalam raga sulam separas pinggang pun lesap diambiknya. "Eh tak banyak. Ada la tiga paket yang baru buka, selagi boleh diambil. Ais dalam peti ais pun ambil ya. Belum dikira lagi yang melayan kita macam level bawahan sangat," ujarnya. Meskipun terkilan dengan sikap segelintir pengunjung, dia berharap orang ramai beradab apabila menyewa bilik atau rumah dan meninggalkannya dalam keadaan baik. Malah, dia turut menasihati penyewa supaya sentiasa beringat agar tidak mengambil barang bukan hak milik sesuka hati dan dibawa pulang ke rumah. "Kaya ni tak datang dengan adab. Dan orang yang betul-betul kaya, memang ada kelas tersendiri. "Walaupun kita bayar, jagalah hak orang. Kalau tuan empunya atau pihak pengurusan buat laporan macam kes ambil barang tu, 'masak' weh. "Boleh jadi isu. Kena ada adab dan jagalah harta atau hak orang. Jangan anggap benda tu remeh," katanya. Rata-rata netizen turut meyuarakan pendapat pada hantaran yang dibuat setelah ia menjadi tular di Facebook. "Kalau kerja housekeeping kemas bilik tak boleh mengeluh. Memang kerja macam tu kan. Ada mula-mula disebut masa mula masuk kerja. "Housekeeping terutama hotel, mesti akan jumpa benda-benda aneh. Pengalaman saya, kondom bertaburan penuh lendir, tuala wanita bergulung disumbat dalam mangkuk tandas," komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
cikatilia replied at 11-10-2023 01:02 PM
ewwwww yekkkkkkk
ladybugz replied at 11-10-2023 11:55 PM
bagi i x kira la kaya or miskin it all comes down to attitude n education. ada ja t20 prangai mcm2 a ...