Aidil Aziz terbuka kalau pengarah minta buka baju. Katanya dia perlu sentiasa bersedia dengan permintaan pengarah bagi memastikan perjalanan penggambaran filem terbaharu lakonannya, ‘Harimau Malaya The Untold Story’ berjalan dengan lancar.
"Saya akan memegang watak sebagai seorang pemain bola sepak. Secara realitinya mereka akan buka baju selepas perlawanan dalam bilik persalinan. "Jadi kalau pengarah minta untuk saya buka baju, saya tak ada masalah sebab saya dah prepare dah untuk scene tu.
"Kalau pengarah nak saya lakonkan babak raikan gol dan buka baju pun saya akan buat, tak ada masalah. "Saya dah bersedia dari segi mental dan fizikal jadi saya akan bagi yang terbaik," katanya seperti dipetik di OhBulan. Aidil juga sangat teruja untuk melakonkan watak sebagai seorang pemain bola sepak kerana itu adalah sukan yang paling diminatinya.
"Apabila saya mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem ini, saya terus telefon pengarah (Afdlin Shauki). Saya pula tak pernah bekerjasama dengan dia dan dia pula tengah mencari seorang pelakon yang boleh bermain bola dengan baik, jadi saya terus terima. "Bola ni memang makanan saya. Boleh dikatakan makan bola, tidur bola, hari-hari saya main bola jadi saya sangat teruja untuk berlakon bagi filem ini.
"Tak dapat jadi pemain bola sepak untuk negara pun tak apa, dapat berlakon ni pun saya dah seronok dah."-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|