CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Kena Ain, Janna Nick Nick Dan Dini Schatzmann Elak Tayang Mesra- Tak Follow IG Masing-Masing

11-10-2023 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3165| Komen: 3

Janna Nick dan Dini Schatzmann sebenarnya tak suka berkongsi kemesraan dalam media sosial demi mengelakkan penyakit ain dan mata-mata jahat.

Janna berkata, video mesra bersama suaminya di Instagram (IG) atas tujuan bekerja semata-mata, tiada niat menyakiti mana-mana pihak.


Foto: IG

“Yang mana korang tengok video ‘sweet’ itu semua video berbayar. Kalau ikutkan hati, sebenarnya saya tak nak kongsi sebab takut dengan ‘evil eyes’.

“Takut nak tunjukkan benda yang terlalu ‘sweet’, tapi itu permintaan pelanggan, jadi kena tunaikan.

“Ikutkan saya tak nak kongsi dan mengikuti Dini pun dalam IG,” katanya kepada Melodi.



Demi mengelakkan sebarang kontroversi pada masa hadapan, Janna menjelaskan, dari awal mereka tidak mahu mengikuti satu sama lain dalam IG.

“Nak elakkan perkara macam itulah, jadi lebih baik kami tak mengikuti masing-masing daripada sekarang.

“Daripada nanti orang pertikaikan kenapa dulu ‘follow’, sekarang tak, jadi awal-awal saya bagi tahu memang tak mengikuti suami dalam IG,” katanya.


“Saya memang tak ada niat apa-apa, kalau boleh nak elakkan. Bila muat naik terlalu banyak video dan gambar berdua, kalau boleh nak elak penyakit ain.

“Kalau tengok kandungan dimuat naik itu ‘it is not the real us’. Dari segi ‘clingy’, itu iya kami berdua tapi nak kata happy sangat-sangat tak lah.

“Dalam rumah tangga ada pasang surut, jadi apa yang kami kongsi itu janganlah dengki.



“Kita sama manusia biasa. Ada masa kami bergaduh, tak bercakap cuma tak rekodlah,” tambahnya lagi.

Janna dan Dini sah mendirikan rumah tangga pada 10 Jun lalu dalam satu majlis berlangsung di Langkawi yang hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 11-10-2023 10:44 AM
ermmmm. masa bersinta kehulur kehilir berkepit mcm xde hari esok da kawen xnak follow each other plak. aneh2
Quote lanacondor 11-10-2023 11:47 AM
Post psl kje je dik janna. Ko ngndung ke, selisih fhm ngn laki ke, sakit ke diam2 je fokus kje. Zmn nau ni seram laki org mmg rmi suka.. ko pos psl kje je elok dik. Nak bahagia rumah tga jgn pos hal peribadi kt socmed
Quote mamajawie 11-10-2023 02:23 PM
but*hhhh pak angg..time belum kawen siap pegang tangan makan bersuap

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.074051 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top