Zara Zya borong semua makanan ringan yang dijual disebabkan kesian melihat seorang peniaga berdiri lama menanti pelanggan. Zara memberitahu dia menghabiskan RM100 untuk membeli semua gula-gula kapas dan keropok yang dijual peniaga berkenaan.
Zara hanya ingin bersedekah dan membantu golongan memerlukan pada waktu sukar ketika ini. "Saya tengok budak itu berdiri lama, macam kasihan pula tengok dia. Jadi saya beli semua, dia pun boleh balik awal dan berehat. "Semuanya dalam RM100... Niat saya untuk bersedekah dan membantu orang yang memerlukan," katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Zara ada memuat naik hantaran di Instagram yang memperlihatkan dia membeli kesemua gula-gula kapas dan keropok yang djual di kaki lima di hadapan sebuah bank. Peniaga berbangsa India itu kemudiannya dilihat mengucapkan terima kasih lalu melambai-lambai kepada Zara ketika dia beradar dari situ.
Tindakan Zara membantu peniaga kecil itu mendapat perhatian warganet yang menyifatkan tindakan aktres itu wajar dipuji selain seorang yang pemurah. Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap ditunjukkan Zara malah ramai mendoakan agar aktres itu sentiasa dilimpahkan rezeki.
"Untuk Zara, semoga sentiasa dimurahkan lagi rezeki dan terima kasih kerana tolong adik itu. "Teruskan saja buat kebaikan... Semoga jadi asbab ketenangan jiwa," komen pengikutnya. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|