Nama View Chin dan Mira sebelum ini menjadi bualan hangat susulan kontroversi rumah tangga yang dihadapi. Baru-baru ini pila tular video live TikTok View Chin bersama Mira sedang menjual barang dan dilihat View Chin marah-marah.
Lelaki itu seolah-olah mahu Mira mempercepatkan proses penjualan tetapi nadanya membuatkan keadaan kelihatan tegang. Bahkan, Mira turut kerap kali bertanya kepada influencer tersebut sama ada dirinya marah hingga membuatkan wanita itu juga hilang ‘mood’ mahu menjual. Di ruangan komen, ada yang menasihati Mira untuk berhati-hati kerana lelaki itu pernah menampar bekas isterinya.
Namun ramai juga yang merasakan ia cumalah marketing semata-mata untuk menaikkan nama mereka semula. -CARI
|