CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dengar Bunyi Cakaran Dinding, Fasha Sandha Alami Gangguan Misteri

9-10-2023 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2932| Komen: 29

Fasha Sandha berdepan dengan gangguan misteri yang berlaku di inap desa di Kuala Kangsar, Perak ketika penggambaran filem baharunya, Cerana Biduk Bu Merah sekitar 2018.

Dia jurumekap serta beberapa kru produksi terdengar bunyi cakaran dinding yang semakin lama semakin kuat ketika mereka berada di inap desa tersebut.


Foto: IG

“Kalau nak kata gangguan mistik sangat tidaklah, tetapi ada satu momen apabila saya berada di dalam bilik di inap desa itu. Tiba-tiba bunyi cakaran di dinding yang sangat kuat. Makin lama makin kuat.

“Cuma saya dan kru tidak ambil serius. Anggap ‘dia’ nak lalu sahaja. Sebelum bekerja terutama di lokasi terpencil saya pastikan jaga adab dan ‘minta izin’ supaya kerja berjalan lancar kerana niat nak mencari rezeki.

“Alhamdulillah tiada sebarang kejadian berlaku kepada saya sepanjang penggambaran cuma ada dengar bunyi-bunyi pelik sahajalah. Tidaklah aneh sangat sebab di tempat yang terpencil kan,” katanya seperti dipetik di Utusan.



Dalam pada itu, bercakap soal filem arahan Haizul Anafer itu, Fasha berkata, antara sebab dia menerima tawaran berlakon naskhah seram tersebut adalah kerana Wan Hanafi Su walaupun mungkin bayaran tidak besar mana.

Selain itu jelasnya, dia tidak berkira soal bayaran apabila membabitkan keghairahan terhadap lakonan walaupun berada pada senarai pelakon gred A.


“Dalam menerima sesuatu tawaran, kita perlu ada pertimbangan. Ada filem mempunyai bajet tertentu tetapi kita kena tengok situasi antaranya tidak boleh ikut kadar bayaran semasa kita.

“Macam filem ini saya buat kerana cinta pada lakonan selain dapat timba ilmu. Apa pun bayaran itu subjektif, jadi setiap pelakon kena jaga kadar masing-masing, jangan sampai dipermainkan,” katanya.


Cerana Biduk Bu Merah filem genre seram yang diterbitkan Goldhill Pictures Sdn Bhd menceritakan kisah seorang wanita tua yang dipinggirkan orang kampung tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka.

Namun, kehadiran seorang gadis, Sofia yang hampir menjadi mangsa rogol mengubah kehidupan Bu Merah dengan kejadian-kejadian aneh yang berlaku.

Filem itu bakal ditayangkan di 70 pawagam tempatan bermula 12 Oktober ini. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 9-10-2023 06:40 PM
ntah2 orang sebelah tengah bercakaran harimau
Quote edoraixora 9-10-2023 06:50 PM
Bosan lah cerita FS ni....sendu di aidilfitri
Quote noor2 9-10-2023 06:53 PM
Kurus sgt bila dia pakai ketat tu..nampak x lawa bentuk badan..
Quote MisXoXo 9-10-2023 07:21 PM
Sampai sudah x caayoooooo psl mkn ubat jualan ittuuuu..hanyaa 1 ja yg blh kuruskan dgn jln pintas.jeng jeng jeng...
Quote Belibis 9-10-2023 08:05 PM
Musim cerita misteri artis..ari tu musim artis kutip utang..
Quote Nozot 9-10-2023 08:16 PM
Asal nak jual barang ja mesti kena sihir..asal nak masuk pertandingan ja mesti kena sihir, asal ada drama ke lagu baru mesti nak cerita kena sihir. Kan kena betul - betul mau tak cukup tanah mintak doa n bantuan
Quote naina 9-10-2023 09:13 PM
Aku geli dengan Fasha Sandha ni skng
Ada video baju putih atas tu mula2 dia joget slow je Ntah apa motif manjang nak berjogetttt. Lepastu edel masuk tibe2 duk intai2..Fasha terkejut konon terus dia joget laju2..hahahaha bodo giler content tuuu
Quote ina_na 9-10-2023 11:31 PM
Walaupun dl dia seksi..kuar msk kelab tp aku rs dia cantik ms tu...lgpun geli tertgk video dia gan suami dia skrg ni..
Quote aemon 10-10-2023 02:35 AM
Edited by aemon at 10-10-2023 02:37 AM
naina replied at 9-10-2023 09:13 PM
Aku geli dengan Fasha Sandha ni skng
Ada video baju putih atas tu mula2 dia joget slow je Ntah apa m ...


Nak heran apa..zaman muda mudi dulu dia aktif cucuk langit.teringat zaman betipolnara popular,gosip dia ke nowa denis mabuk2 sampai muntah kt kalabul malami.
Quote Orgkgdukobesi 10-10-2023 05:06 AM
Nasib baik bukan  bunyi cakaran pagar yestana oleh lembaga itu
Quote BarbiePink 10-10-2023 05:18 AM
naina replied at 9-10-2023 09:13 PM
Aku geli dengan Fasha Sandha ni skng
Ada video baju putih atas tu mula2 dia joget slow je Ntah apa m ...

Khenz meols pun geli
Try hard sgt
Tp Clinge nengok
Quote sangbara2020 10-10-2023 08:05 AM
aku mmg xsuka dgn dia pun
Quote Burong_Hantuk 10-10-2023 08:05 AM
sampah....entah2 stress ternak bewak idup
Quote babynina30 10-10-2023 08:09 AM
Geli gila soft porn manjang
Kalau berantakan, mampoih netizen ungkin kebahgiaan lalu yg ditayang dicanang2 kan .
Batak sgt sheols skrg eee
Quote cikjasmine19 10-10-2023 08:30 AM
Baru unfollow IG dia, sepatutnya bila JAKIM tegur tingkahlaku depa..cuba perhalusi, cari rezeki jangan sampai hukum agama diketepikan
Quote IzzahF 10-10-2023 08:37 AM
buruk la dress dia nampak cheap
Quote vanillaninja 10-10-2023 08:40 AM
Gila babs jaga makan lagi nak claim product tu yang buat sheols kurus. Bukan sheols starve herself ke?
Quote gucci_advocate 10-10-2023 08:42 AM
Tapi makeup dia kat picture pertama cantik. Makeup ala Thai gitu.
Quote melinda_kerr 10-10-2023 08:43 AM
tk penah minat kisah dia ni. even masukkan cerita mistik pun, aku yawn jer.. bye2

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.157028 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top