CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jerebu: Cheras Catat IPU Paling Tinggi

9-10-2023 11:17 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1291| Komen: 8

Kuala Lumpur: Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar menunjukkan sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.


Lima kawasan di Selangor merakamkan bacaan IPU melebihi 100 iaitu Banting (156), Klang (155), Petaling Jaya (143) serta Shah Alam dan Johan Setia masing-masing mencatatkan 153.

Gambar hiasan

Kawasan Nilai di Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan IPU 151, manakala Bukit Rambai, Melaka 153.

Sementara itu, sejumlah 56 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala empat kawasan lain mempunyai bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.


Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 9-10-2023 06:51 PM
nasib baik aku tak dok cheras
Quote lolipopmanish 9-10-2023 07:06 PM
Bangi baru lepas hujan ni..jerebu jugak lah hmmm
Quote TomyamPuteh 9-10-2023 09:24 PM
Tu pun gigih sekolah anak aku nk buat merentas desa Sabtu ni.Sori le. Xde nya aku kasi anak aku pegi. Stay home  je la.
Quote jiwasemangat 9-10-2023 09:26 PM
Twin tower kat Cheras kerr..?
Quote Erotika 10-10-2023 01:50 AM
TomyamPuteh replied at 9-10-2023 09:24 PM
Tu pun gigih sekolah anak aku nk buat merentas desa Sabtu ni.Sori le. Xde nya aku kasi anak aku pegi ...

Ya rabb.. tarak otak ke cikgu2 pun. Habislah budak2 tu sedut asap toksik bagai ..
Quote TomyamPuteh 10-10-2023 10:41 AM
Erotika replied at 10-10-2023 01:50 AM
Ya rabb.. tarak otak ke cikgu2 pun. Habislah budak2 tu sedut asap toksik bagai ..

Kalau ada otak xde la diorg nk buat
Quote dekmieDandy 11-10-2023 09:49 AM
jerebu kalini tak bau teruk macam dulu, dulu jerebu ni sampai bau asap

tapi jerebu kalini liat betul, berapa kali dah hujan lebat pun still tak hilang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.044475 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top