Seorang wanita sering diperlekeh oleh ibunya sendiri. “Setiap bulan bayar Cuckoo, Netflix, delivery makan through Foodpanda atau GrabFood pada hujung minggu, dan hampir setiap minggu bagi duit lauk RM50 pada mak.
“Setiap bulan spend untuk keluarga RM300 hingga RM400. “Dapat tahu mak cakap dengan adik ‘kakak bagi duit sikit ja... mana cukup’,” luahnya menerusi media sosial. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia sedikit kecewa kerana ibu seolah-olah tidak memahami situasinya yang bakal melahirkan bayi sulung tidak lama lagi. Sungguhpun sedang bergelut membuat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata, dia tidak berkira untuk membantu meringankan belanja dapur atau keperluan ibu bapanya. Namun disebabkan kata-kata ibunya, wanita berkenaan mengakui dia kecil hati tetapi hanya mampu menyimpan perasaan kerana enggan mengeruhkan keadaan.
Luahannya dikirim menerusi Direct Message dan dikongsikan di akaun X @meinmokhtar. Ada segelintir yang menasihatkannya agar tidak berkecil hati dan melupakan sahaja kata-kata ibunya. “Bab duit ni memang takkan pernah habis. Bagi sikit tak cukup, tak bagi kata kedekut atau berkira. Anggap saja kata-kata itu seperti angin lalu. “Anon, dengan orang tua jangan ambil hati. Biarlah mereka nak kata apa pun, nanti salah seorang akan pergi. Jangan kata atau buat benda yang akan kau menyesal,” komen netizen. Sebahagian komen netizen yang memberikan pandangan terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan. Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa simpati dengan kisah wanita itu malah turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengannya. “Orang tua memang macam tu kalau kau bukan anak kesayangannya. Buat tak tahu saja. “Sedihnya macam ni... anak punyalah baik sponsor belanja macam-macam tapi alih-alih apa yang diorang tengok? “Gaji aku 1.5k dan bagi mak RM300 sebulan. Tapi still dia cakap ‘ingatkan boleh ringankan beban aku’ kemudian asyik compare dengan kejayaan anak orang lain,” demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
shernazz replied at 9-10-2023 11:10 AM
Mujurlah mak mertua n mak iols mmg ado pencen..
Tapi tu lah..depa neh tak boleh drive ..pastu memanj ...
alesandra replied at 14-10-2023 12:40 PM
makcik kalau takdak pencen gomen takyah tgk netflix semua tu.jgn berlagak mcm mak datin pencen.tgk t ...
Lampuled replied at 14-10-2023 12:50 PM
Masalah yg org ada pencen berduit takde nk selera besar gitu sbb faham nak berjimat. Yg jenis takd ...
rospinki replied at 9-10-2023 10:28 AM
sebab tu rezeki mak kau tu sempit byk merungut. waima seratus pun anak bagi terimalah dgn syukur pda ...
ina_na replied at 14-10-2023 01:56 PM
Aku dl penah kn gak..zmn bujang dl..Siang keje opis..gaji opis lps tolak kwsp,sokso semua mak aku na ...