CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Tak Bayar Sewa Rumah Cecah RM3,000, Bil Api Tertunggak, Pemilik Lapor Polis

8-10-2023 09:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16323| Komen: 108

Kuala Lumpur: Seorang penyanyi era 90-an didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.

Penyanyi itu juga didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770.



Notis mengosongkan rumah itu sudah diberikan dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan kekal duduk di rumah itu.

Sehubungan itu, seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular tersebut.

Difahamkan, wanita itu sudah berjumpa dan berkomunikasi melalui telefon bagi membincangkan perkara itu dan memintanya keluar dari rumah itu.

Penyanyi itu juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran. Malah, dia turut memelihara banyak kucing yang mengakibatkan bau busuk, membuang sampah merata-rata dan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati jiran. 

Wanita terbabit turut membuat laporan di Balai Polis Setapak.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-10-2023 09:56 PM
Who ayusss?
Isu semasa ke?

Quote msdummy.2018 8-10-2023 10:09 PM
Zassss terus masuk sini nk tau okg...br 2 komen jer ker?
Quote doubleA 8-10-2023 10:11 PM
Klu:
Penyanyi popular (ke?) 90an laki
Dah kawen, ada bini
Bela byk kucing
Area KL

Banyaknya tunggakan bil tak kena potong plak
Quote felinecat 8-10-2023 10:11 PM
Dtg sini sbb nk tau gak.hehe.kt fb kata ade kaitan dgn lagu pinjam seratus
Quote Burong_Hantuk 8-10-2023 10:12 PM
Parking sini dulu...
Quote supernaturalee 8-10-2023 10:20 PM
Edited by supernaturalee at 8-10-2023 10:26 PM

Lagu santai ft dh ada org dh nk cover tmpt heols kt sfmm nnt
Naqiu jwpnnya


Alamak salah pintu
Ampunnnnn

Quote syamzana 8-10-2023 10:21 PM
felinecat replied at 8-10-2023 10:11 PM
Dtg sini sbb nk tau gak.hehe.kt fb kata ade kaitan dgn lagu pinjam seratus

pinjam seratus nurnilam sari tu ke?
takkan la tok sawi??
Quote Ahriman 8-10-2023 10:28 PM
sham visa ada bela kucing jugak kan?
Quote Chah21 8-10-2023 10:31 PM
felinecat replied at 8-10-2023 10:11 PM
Dtg sini sbb nk tau gak.hehe.kt fb kata ade kaitan dgn lagu pinjam seratus

I jumpak 2 komen lagu oh syg di mana kau berada
Quote Suchi 8-10-2023 10:47 PM
Chah21 replied at 8-10-2023 10:31 PM
I jumpak 2 komen lagu oh syg di mana kau berada

Dia bkn duk melaka ke? Tak sangka lak hidup susah skrg ni, yg ex wife kaya tu ker?
Quote gigahertz 8-10-2023 10:51 PM
Chah21: I jumpak 2 komen lagu oh syg di mana kau berada

Janganlah kau lupakan aku
ingatlah aku walau sesaat

kalau dah tak bayar sewa rumah mmg la orang tuan rumah akan ingat
Quote Chah21 8-10-2023 10:56 PM
Suchi replied at 8-10-2023 10:47 PM
Dia bkn duk melaka ke? Tak sangka lak hidup susah skrg ni, yg ex wife kaya tu ker?

Xtaw la sohih ke x.. sbb yg komen tu orang lain2
Quote Chah21 8-10-2023 10:56 PM
gigahertz replied at 8-10-2023 10:51 PM
Janganlah kau lupakan aku
ingatlah aku walau sesaat


Kihkihkihkihkih.. btul jgk eh
Quote doridori_hi 8-10-2023 11:46 PM
Gila tinggi bil api , mcm takde hari esok
Kalau tgk medsoc rata2 byk kes mcm ni , tinggalkn rumah tunggang langgang , bil tertungak beribu2.. owner pun jadi serik nk sewakan kt org lain dah....
Quote edoraixora 8-10-2023 11:54 PM
'Penyanyi itu juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran. Malah, dia turut memelihara banyak kucing yang mengakibatkan bau busuk, membuang sampah merata-rata dan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati jiran.'


Jangan mendadih balik sudah lah....kalau betul dia lah

Cuba kau ingat kembali masa lalu, kasihku teguh buatmu
Quote Chah21 9-10-2023 12:09 AM
edoraixora replied at 8-10-2023 11:54 PM
'Penyanyi itu juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran. Malah, dia turut memeli ...

Walauku terluka namunku bersabar..                       
klu betul ,mcm x selari la dgn lagu
Quote September14 9-10-2023 12:15 AM
Boleh ke bil air smpi 6k? Aku x smpai 5 ratus dah kena potong…
Quote kaedahnya 9-10-2023 01:04 AM
jun23-oct23 tak bayar 3k = 600 sebulan rumah area mana kalo kat setapak?
Quote bintangct 9-10-2023 01:09 AM
lagu apa korg nyanyi ni xdpt tgkp la haha

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.094226 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top